Wangian Fazbulous Edisi Terhad Sempena Filem ‘Dendam Pontianak’

Ogos 13, 2019
By Helmi Anuar

Jenama fesyen Fazbulous kepunyaan selebriti terkenal Nur Fazura telah melancarkan minyak wangi edisi terhad yang diberi nama ‘Selamanya’.

Minyak wangi edisi istimewa itu dikeluarkan sempena watak ‘Mina’ yang dilakonkan oleh Nur Fazura dalam filem terbaru Dendam Pontianak yang akan ditayangkan bulan hadapan.

 

Haruman yang menggabungkan bauan flora dan sitrus ini menyuntik elemen romantis percintaan penuh misteri selari dengan tema filem berkenaan yang mengisahkan percintaan di antara Pontianak dan manusia.

Bagi yang ingin mendapatkan minyak wangi edisi terhad ini, anda boleh berkunjung ke butik Fazbulous yang terlatak di Strand Mall Kota Damansara ataupun beli secara atas talian di laman sesawang rasmi www.fazbulous.com.

Bolehlah pakai minyak wangi ini nanti sewaktu menonton filem Dendam Pontianak.

 

 

Similar Articles