Waktu Solat Subuh Selangor & Wilayah Persekutuan Berubah

November 29, 2019
By Ili Farhana

Pada 28 November 2019, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengumumkan bahawa telah terdapat perubahan waktu solat Subuh bagi seluruh kawasan Selangor dengan tambahan masa sebanyak lapan minit dari waktu asal semasa. Perubahan ini hendaklah dibuat mulai masuk waktu solat subuh pada 29 November 2019 (2 Rabiulakhir 1441H).

Perubahan ini dibuat hasil kajian kecerahan langit waktu Subuh yang dilakukan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama penyelidik Universiti Malaysia (UM), Kuala Lumpur. Perkara ini telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) kali ke-116 dan telah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada 28 November 2019 bersamaan 1 Rabiulakhir 1441H untuk dikuatkuasakan bagi Negeri Selangor.

Pada keesokan harinya Mufti Wilayah Persekutuan telah mengeluarkan pernyataan media untuk menyatakan Wilayah-Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan hendaklah menta’khirkan (melewatkan) 8 minit azan Subuh berbanding taqwim solat Wilayah Persekutuan yang sedia ada bermula pada 30 November 2019 bersamaan 3 Rabiul Akhir 1441 Hijrah.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah memperkenankannya untuk dilaksanakan di Wilayah Persekutuan setelah disyorkan oleh Sahibus Samahah Datuk Mufti Wilayah Persekutuan dan juga Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan.

 

Gambar: Laman Instagram Mufti Wilayah Persekutuan

Similar Articles

Tidak Bangun Solat Subuh Kerana Di Kencing Syaitan?

By Rahayu Mat Nah
Ogos 22, 2019

Ganjaran Basikal Jika Solat Subuh Berjemaah

By Ili Farhana
November 5, 2019

Dapat Wang Belanja Sekolah Jika Solat Subuh Di Masjid

By Helmi Anuar
Oktober 16, 2019
Kandungan SalamToday boleh didapati dalam: