‘Waktu’ Buat Aizat Amdan Berdendang Lagi

November 27, 2019
By Ili Farhana

Setelah kejayaan lagu ‘Sampai Ke Hari Tua’, dan ‘Harapan Jadi Nyata’ pada tahun 2018 serta tampil dengan lagu dedikasi khas untuk arwah bapanya ‘Angin Lalu’ pada awal tahun ini. Kini, penyanyi dan komposer tersohor Aizat Amdan tampil dengan karya terbaharunya yang berjudul ‘Waktu’

Lazimnya bila disebut lagu cinta, ramai yang membayangkan lagu berentak balada atau slow/mid tempo, namun Aizat cuba memberi variasi baru kepada lagu tema cinta  menerusi ‘Waktu’.

Lagu ciptaan Aizat sendiri bersama Anas Amdan ini diberikan sentuhan muzik kontemporari, dan berentak lebih laju berbanding lagu-lagu yang dikeluarkan Aizat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Sekali lagi mengangkat tema cinta, namun kali ini Aizat cuba menterjemahkan rasa cinta bukan sahaja menerusi bait liriknya serta melodi yang catchy, malah menerusi gubahan lagu yang membayangkan suasana cinta di awang-awangan. Lagu yang turut menampilkan vokal kakak Aizat sendiri, Ili Zuhair Amdan ini merupakan lagu tema cinta tempatan yang berada di kelasnya yang tersendiri.

Mengulas tentang lagu ini, Aizat berkata, “Jika sebelum ini ‘Sampai Ke Hari Tua’ lebih santai rentaknya, lebih romantis bunyinya. Kali ini saya mahu terbitkan a wedding anthem yang lebih up-beat. Ada feel good vibe. Menerusi ‘Waktu’ saya cuba menggambarkan istilah love is in the air!‘. Kalau lagu ini dimainkan di majlis perkahwinan memang sangatlah bertepatan dengan suasana yang meraikan cinta.”

“Saya berharap agar ‘Waktu’ mendapat sambutan positif pendengar muzik tempatan dan menjadikan lagu ini lagu cinta mereka. Semoga lagu ini dapat menyamai kejayaan ‘Sampai Ke Hari Tua’ yang menjadi lagu pilihan dalam majlis perkahwinan,” kata Aizat yang kini sedang sibuk dengan kerja-kerja produksi untuk albumnya akan datang yang bakal menampilkan kolaborasinya bersama penyanyi-penyanyi antarabangsa.

‘WAKTU’ merupakan terbitan Kasi Gegar Entertainment dengan kerjasama Warner Music Malaysia sebagai pengedar.  Single ini  boleh didapati dikesemua pelantar digital bermula  22 NOVEMBER 2019.

Pautan untuk “WAKTU” : http://wmm.lnk.to/WaktuAA

Similar Articles

Wajah Baru Akim & The Majistret

By Shah Shamshiri
November 22, 2019

Aizat Amdan Terjemah Rasa Sepi Akibat Kehilangan Dalam ‘Angin Lalu’

By Nor Syariza Tahir
April 29, 2019

‘Mahal’ Single Terbaru Charis

By Ili Farhana
Oktober 2, 2019

‘Que Sera Sera’ Taruhan Pendatang Baru Layla Sania

By Rahayu Mat Nah
Julai 22, 2019
Kandungan SalamToday boleh didapati dalam: