Vivo Lancar V17 Pro Di Pasaran Malaysia

Oktober 4, 2019
By Nor Syariza Tahir

Vivo memperkenalkan model telefon pintar terbaharunya, V17 Pro, yang tampil dengan enam kamera utama di depan dan belakang untuk gambar yang lebih mantap.

Apa yang menjadikannya lebih unik adalah fungsi Dual Elevating Front Camera beresolusi 32MP, yang merupakan suatu penambahbaikan luar biasa bagi kamera jenis ini – menjadikannya suatu ciri ikonik bagi peranti Vivo.

Ia juga tampil dengan Super AMOLED Ultra FullView™ Display, kuad kamera belakang beresolusi 48MP, bersama ciri-ciri yang ditambah baik, khusus untuk gaya hidup pengguna yang muda dan bergaya.

V17 Pro sekali lagi mempamerkan pendekatan inovasi kami yang mementingkan pengguna.

“Model baharu dalam siri V ini tersedia dengan sistem kamera yang menakjubkan pada kedua-dua bahagian depan dan belakang peranti, dan ia bertujuan untuk menghasilkan gambar yang menjangkaui imaginasi.

“Ini merupakan suatu rekaan yang amat kami banggakan kerana ia memperkukuhkan kedudukan Vivo sebagai perintis dalam penyediaan pengalaman mudah alih yang terbaik di Malaysia,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Vivo Malaysia, Mike Xu.

Dual Elevating Front Camera Beresolusi 32MP Untuk Swafoto Yang Sempurna

Ciri ikonik Vivo iaitu kamera depannya kini ditambah baik menerusi V17 Pro. Dua kamera depan yang premium, earpiece, dan selfie softlight terletak dalam modul elevating di bahagian atasnya.

Selain itu, kamera depan 32MP dan sudut lebar swafoto 8MP turut memastikan perincian yang jelas untuk setiap swafoto yang diambil.

Sudut lebar swafoto beresolusi 8MP mampu mengambil gambar dari sudut lebar sehingga 105 darjah, sekali gus memudahkan lagi pengambilan gambar berkumpulan.

Manakala untuk menyelesaikan masalah pengguna apabila mengambil swafoto pada waktu malam pula, V17 Pro menyediakan Selfie Softlight yang menerangkan kegelapan, selain ciri ekslusif Vivo iaitu Super Night Selfie.

 

Penghasilan kualiti fotografi yang canggih dengan AI kuad kamera 48MP

Bagi kamera utama 48MP 6P, ia dikuasakan dengan algoritma kecerdasan buatan, yang menjanjikan pengalaman fotografi yang lebih jelas.

Manakala ciri Super Wide-Angle pula menawarkan gambar landskap yang lebih luas.

Untuk melengkapkan lagi pilihan penggambaran profesional, V17 Pro juga tampil dengan dua ciri yang menarik, iaitu Pose Master yang menyediakan pose yang semulajadi untuk dipadankan dengan pelbagai jenis pemandangan.

Selain itu, fungsi Super Night Mode pula bertujuan untuk meningkatkan kejelasan gambar yang ditangkap pada waktu siang mahupun malam.

V17 Pro dijana dengan cip Qualcomm Snapdragon 675 AIE bersama 8GB RAM + penstoran dalaman 128GB yang memastikan kelancaran prestasi pengendalian aplikasi dan sistem pada bila-bila masa.

Selain itu, dengan kapasti bateri sebanyak 4100mAh beserta sokongan teknologi pengecasan pantas dwi-enjin, ia memastikan peranti mempunyai ketahanan yang tinggi untuk penggunaan yang berpanjangan dan selamat.

Ia tampil dengan dua pilihan warna menarik iaitu Knight Black dan Crystal White.

V17 Pro boleh didapati di pasaran Malaysia bermula 5 Oktober 2019 pada harga RM1,699.

Foto: SLPR Worldwide

 

 

 

 

 

 

Sudut lebar swafoto beresolusi 8MP mampu mengambil gambar dari sudut lebar sehingga 105 darjah, sekali gus memudahkan lagi pengambilan gambar berkumpulan.