TV3 Sajikan Program Menarik Sempena Aidilfitri

Mei 29, 2019
By Helmi Anuar

Setelah bertahun lamanya, TV3 tetap menyajikan program-program menarik buat para penonton sepanjang bulan Ramadan dan Syawal. Kini Ramadan sudah di penghujung waktunya, TV3 memperkenalkan program-program menarik bulan Syawal untuk tatapan penonton pada bulan Jun nanti.

Prorgram-program Raya TV3 terbahagi kepada enam genre iaitu Drama Rantaian Istimewa, Telefilem, Bual Bicara, Raudhah, Hiburan, dan Filem yang akan mula bersiaran bermula pada ambang Aidilfitri, Selasa 4 Jun 2019 sehingga hujung minggu kedua Raya Aidilfitri.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Encik Johan Ishak, “Bertepatan dengan tema kempen kami, Setulus Ikhlas, kami terapkan nilai kekeluargaan dan kesatuan setulus ikhlas antara satu sama lain.

Oleh itu, kami sajikan program-program yang sesuai untuk ditonton seisi keluarga, tidak kira umur agar seluruh keluarga, rakan-rakan, dan para tetamu dapat berhimpun dan luangkan masa yang berkualiti sepanjang bulan Syawal ini.

Saya mengambil peluang ini juga untuk berterima kasih kepada semua yang telah menyempurnakan kempen ‘Setulus Ikhlas’ sepanjang bulan Mei ini, dan kami berharap agar jalinan ukhuwah sesama manusia akan terus dieratkan dengan TV3 sebagai hiburan Aidilfitri pula.”

Untuk maklumat lanjut, layari portal informasi terkini Xtra (www.xtra.com.my) dan laman-laman media sosial rasmi TV3 (@TV3malaysia) di Facebook, Instagram, dan Twitter. Gunakan juga tanda pagar #setulusikhlas untuk menghangatkan lagi perbualan alam maya anda.