Tudung Terbaru dUCk Berharga RM2500 Laris

Julai 8, 2019
By Helmi Anuar

Biarpun tudung terbaru keluaran jenama tudung terkenal, dUCk  mencecah harga RM2500, namun koleksi itu laris bagai pisang goreng panas!

Berdasarkan kemaskini di akaun Instagram pemilik dUCk Scarves iaitu Datin Vivy Yusof, 4 warna dari koleksi yang diberi nama Luxe Lace Chiffon telah habis dijual seawal jam 7.30 pagi pada hari yang sama ia dilancarkan.

Apa yang membuatkan tudung terbaru itu mencecah harga sehingga RM2500 adalah taburan lebih daripad 1300 butir kristal Swarovski yang dibuat di Austria serta gabungan fabrik renda halus dan sifon.

Di ruangan komen, kelihatan ramai warganet yang meninggalkan komen bahawa mereka hanya mampu bermimpi untuk memakai koleksi terbaru dari dUCk itu kerana tidak mampu untuk memilikinya.

Malah ada juga yang meminta supaya dUCk mengeluarkan koleksi yang sama tetapi dengan harga yang mampu milik dengan mengurangkan jumlah taburan kristal Swarovski.

Sebelum ini, sebuah lagi jenama tudung terkenal pernah menjual tudung dengan harga RM50,000 sehelai dan tudung itu berjaya dijual.

Sanggupkah anda melaburkan wang anda sehingga ribuan ringgit untuk sehelai tudung? Tepuk dada tanya selera.

 

Sumber : Instagram Vivy Yusof & dUCk Group