‘True Bold Series’ Untuk Wajah Berseri Daripada Face & Co

Jun 3, 2019
By Helmi Anuar

Kulit yang cantik, sihat dan bersih pastinya menjadi idaman setiap insan tidak kira lelaki mahupun wanita. Penting untuk anda memilih produk yang tepat bagi penjagaan kulit wajah anda.

Selepas berjaya dengan produk True Foundation, kini jenama lokal yang setanding jenama antarabangsa  Face & Co muncul dengan produk set penjagaan wajah yang diberi nama True Bold Series sempena dengan ulangtahun mereka yang kedua.

Selepas setahun melalui proses penyelidikan dan pembangunan, Face & Co akhirnya berjaya menemukan fomula terbaik dengan campuran botani dan bahan dari unsur buah-buahan yang lembut tetapi berkesan terhadap semua jenis kulit.

True Bold Series hadir dengan 7 produk kesemuanya yang lengkap untuk penjagaan wajah anda.

  1. True Remover – Sesuai untuk semua jenis kulit. Formula unik tanpa bilas sangat lembut pada wajah serta sangat efektif untuk menyingkirkan kotoran dan solekan sambil menenangkan dan melembutkan serta melembabkan kulit wajah. Kulit juga akan kelihatan berseri-seri secara semula jadi.

2. True Cleanser – Pembersih wajah yang lembut ini sesuai untuk semua jenis kulit dan membantu secara efektif menyingkirkan kotoran tanpa menghilangkan kelembapan kulit. Diperkaya dengan ekstrak botani, formula ini berfungsi untuk mengurangkan perubahan warna kulit dan membantu tekstur kulit sambil melembapkan dan menenangkan kulit.

3. True Serum – Breakout & Oil Control  – Serum bertekstur ringan untuk kulit yang berminyak dan berjerawat. Ia memberikan keseimbangan, penghidratan serta mengawal minyak berlebihan pada wajah anda. Campuran bahan semula jadi membantu  mengimbangi aliran sebum dan menghalang ketidaksempurnaan kulit wajah untuk menjadikan kulit anda lebih bersih dan bebas cela. Produk ini mudah meresap ke dalam kulit anda tanpa meninggalkan kesan melekit, menjadikan kulit segar dan selesa sepanjang hari.

4. True Serum – Brightening – Serum pencerahan yang wajib ada untuk mereka yang berhadapan dengan masalah tona kulit tidak sekata, pigmentasi atau parut. Teknologi nano yang terkandung dalam produk ini mempertingkatkan lagi keberkesanan untuk terus disasarkan kepada kulit yang bermasalah.

5. True Serum – Firming & Rejevenescence – Serum ini dicipta dengan fomulasi aktif untuk menghalang tanda-tanda penuaan. Ia juga bermanfaat untuk menganjalkan kulit wajah, mencerah serta memperbaiki garis-garis halus serta kedutan. Kulit pasti kelihatan lebih muda, segar dan sihat dengan pengunaan serum ini.

6. True Eye –  Produk yang direka khas untuk penjagaan lembut dan halus pada kontur mata anda. Ia dapat membantu menambahkan kelembapan disamping dapat menghalang pengurangan kelembapan disebabkan masalah persekitaran. Ia juga dapat membantu menghilangkan lingkaran hitam di bawah mata, menghilangkan garis halus dan menguatkan kulit di sekeliling mata untuk menjadikan mata anda lebih berseri.

7. True BB Screen – Bertindak sebagai pelindung tabir suria, krim BB ini mengandungi SPF50/PA+++ yang mampu untuk melindungi kulit dari sinaran UV. Produk ini  mampu serta-merta menghidrat dan menenangkan kerengsaan kulit wajah di samping memberikan kesan berseri. Ia juga mudah disapu pada wajah serta sangat licin dan lembut sesuai untuk menutupi cela.

Kulit wajah anda pasti akan kelihatan lebih berseri, sihat dan cantik dengan penggunaan True Bold Series daripada Face & Co. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang rasmi www.thefaceandco.com