Tonton Teater Muzikal Ola Bola Secara Percuma Di Empat Negeri Sempena Hari Kebangsaan

Ogos 16, 2019
By Helmi Anuar

Berita baik kepada anda yang merupakan peminat teater muzikal mahupun peminat teater muzikal ‘Ola Bola.’ Penerbit ‘Ola Bola Musical’ iaitu Enfiniti Production telah mengumumkan bahawa mereka akan membuat pementasan ‘Ola Bola Musical’ secara percuma dalam jelajah di empat buat negeri.

Empat negeri bertuah yang terpilih untuk menyaksikan pementasan ini secara percuma adalah Pulau Pinang, Pahang, Sabah dan Sarawak.

Pementasan percuma teater yang mendapat sambutan hebat itu adalah bersempena dengan Hari Kebangsaan serta Hari Malaysia yang bakal di sambut pada 31 Ogos dan 16 September.

Disebabkan sambutan yang hebat, teater muzikal yang diinspirasikan dari filem dengan judul yang sama ini telah dipentaskan sebanyak dua kali di Istana Budaya dan diarahkan oleh pemilik Enfiti Production sendiri iaitu Datin Seri Tiara Jacquelina.

Malah teater muzikal ini turut mebolot lapan anugerah di Boh Cameronian Arts Award termasuklah Anugerah Teater Terbaik 2018, Anugerah Arahan Terbaik, serta Pelakon Terbaik.

Kepada anda yang menetap di Pulau Pinang, Pahang, Sabah dan Sarawak, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menonton sendiri kehebatan bakat anak tempatan dalam Teater Muzikal Ola Bola yang dibintangi oleh ramai pelakon dan penyanyi berbakat seperti Altimet, Luqman Hafidz, Iedil Putra, Nabila Huda, dan ramai lagi.