Toko Kilat dan Noh Salleh Bergabung Dalam Pemacu Api Tour 2019

Julai 15, 2019
By Nor Syariza Tahir

Bagi peminat band Toko Kilat, anda berpeluang untuk menyaksikan persembahan kumpulan tersebut secara dekat dalam rangka jelajah Pemacu Api Tour 2019 yang dipersembahkan oleh DISQOVR.

Tambah menarik, bukan sekadar Toko Kilat, persembahan kumpulan yang dianggotai oleh lima orang pemuda itu juga akan disertai oleh pemuzik dan vokalis terkenal Malaysia, Noh Salleh di tiga buah negeri.

Bermula pada 17 Ogos 2019 di Pulau Pinang, ia akan diikuti dengan Johor Bahru pada 24 Ogos 2019 dan lokasi terakhir bakal diadakan di The Gasket Alley, Petaling Jaya pada 14 September 2019, yang juga merupakan penganjur bersama.

Menurut vokalis Toko Kilat, Edwin Raj, setelah dua tahun muncul dengan album studio dan melakukan persembahan mahu pun gig, mereka kini tampil dengan album perdana yang memperkenalkan single ‘Ratu Malam’ bersama video muzik.

“Album ini diadun (mastered) di Abbey Road, United Kingdom dan Sterling Sound, Amerika Syarikat.

“Kini, kami dalam misi dan visi untuk muncul dengan ‘most anticipated album tour of the year’ yang diberi judul Pemacu Api Tour 2019 buat para peminat yang sudah lama menantikan album penuh dari Toko Kilat,” ujar Edwin.

Tambah Edwin, sebagai permulaan, Toko Kilat akan mengadakan persembahan di tiga buah negeri terlebih dahulu, dan akan mempertimbangkan untuk ke lokasi-lokasi lain selepas ini.

“Kami akan lihat dahulu bagaimana sambutan yang diterima daripada peminat menerusi rangka jelajah ini.

“Pada masa akan datang, berkemungkinan ia akan diperluaskan ke lokasi-lokasi lain dan negara lain seperti Indonesia,” jelasnya.

Toko Kilat merupakan gabungan para pemuzik daripada pelbagai kumpulan.

Dedikasi setiap ahli membuatkan mereka muncul kembali ke pentas industri muzik tanah air dengan lebih bersemangat.

Manakala Noh Salleh yang turut serta dalam siri jelajah ini akan tampil dalam sesi akustik yang digarap khas bagi persembahannya dalam siri jelajah Pemacu Api Tour 2019 dan beliau turut akan mempromosikan hits terbarunya, ‘Debu Bercahaya’.

Sebelum ini, release kaset pertama Toko Kilat mendapat sambutan hebat apabila ia habis terjual, dan ia menambahkan keyakinan mereka untuk mengeluarkan lebih banyak lagi produk fizikal, sekali gus memperingatinya bersama peminat dalam siri jelajah nanti.

“Setiap persembahan akan menyajikan sistem bunyi dan pencahayaan yang spektakular untuk para peminat sama-sama merasai pengalaman Toko Kilat dalam menyiapkan album sulung kami,” ujar Irfan Iskandar atau lebih dikenali sebagai Cipan yang merupakan drummer dalam band itu.

Toko Kilat yang dibarisi oleh Edwin (vokalis), Irfan (drum) Mohamed Redzuan atau Wan (bass), Noor Azhari atau Toya (gitar) dan Syaiful Taufek atau Paul (keyboard) menjanjikan persembahan yang akan meninggalkan momen tersendiri buat para peminat mereka.

Untuk pelbagai infomasi dan perkembangan terkini, para peminat boleh melayari:

Laman web: www.tokokilatband.com

Instagram : @tokokilatband

Facebook: www.facebook.com/tokokilatband/

Lagu-lagu Toko Kilat boleh didapati di Spotify, Apple Music, JOOX, KKBOX dan Deezer.

Pemacu Api Tour 2019 turut ditaja oleh Fred Perry, Wardrobe dan Monster Energy.

 

Informasi Pemacu Api Tour 2019

 

Tarikh dan lokasi: 17 Ogos 2019 – Loft 29 @ George Town, Pulau Pinang

24 Ogos 2019 – Sunway Iskandar @ Nusajaya, Johor Bahru

14 September 2019 – The Gasket Alley @ Kuala Lumpur

Masa : 6.00pm – 11.55pm

 

Harga tiket: Early Bird @ RM30 (Tiket masuk + Keychain + Sticker Pack + Poster)

Pre-Sale @ RM40 (Tiket masuk + Keychain + Sticker Pack + Poster)

Door @ RM50 (Tiket masuk)

Dapatkan tiket Pemacu Api Tour 2019 hanya di www.tokokilatband.com.

 

Foto: Toko Kilat

 

 

 

 

 

 

Tambah menarik, bukan sekadar Toko Kilat, persembahan kumpulan yang dianggotai oleh lima orang pemuda itu juga akan disertai oleh pemuzik dan vokalis terkenal Malaysia, Noh Salleh di tiga buah negeri.

Similar Articles

Kandungan SalamToday boleh didapati dalam: