Tip Untuk Elak Makanan Syubhah Ketika Bercuti

Mei 19, 2019
By Rahayu Mat Nah

Bercuti ketika bulan Ramadan memang punya cabaran tersendiri. Selain perlu menghadkan aktiviti supaya tidak memudaratkan diri, mencari makanan halal juga menjadi isu utama.

Setelah seharian berpuasa, tidak mungkin anda ingin menghilangkan keberkatan puasa dengan mengambil makanan yang meragukan atau syubhah (tidak jelas hukumnya sama ada halal atau haram).

Memang Islam itu agama yang mudah, namun mencari sesuatu yang halal itu adalah wajib bagi umat Islam. Memang keadaan darurat membolehkan yang haram, tetapi itu tidak bermakna ia boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya.

Jadi bagaimana cara untuk mengelakkan diri daripada termakan makanan yang syubhah ketika bercuti terutamanya percutian ke luar negara.

 

Semak tip berikut:

1) Gunakan kuasa internet. Semak maklumat lokasi-lokasi selera halal di https://www.zabihah.com/. Laman sesawang ini menyenaraikan restoran dan kafe-kafe di setiap pelusuk kota di seluruh dunia.

2) Jika anda seorang yang susah menyesuaikan diri dengan makanan masyarakat tempatan, baik bawa bekalan makanan yang tidak terlalu membebankan. Contohnya minuman 3 dalam 1, Mi Segera, dan Sambal Bilis Travel.

3) Jika lokasi percutian hampir tidak ada restoran halal, carilah restoran atau kafe yang menyajikan makanan 100 peratus vegetarian seperti Indian atau Pakistani Restaurant.

4) Pilih penginapan yang menyediakan kabinet dapur serta lengkap dengan dapur memasak. Jadi anda boleh membeli bahan-bahan memasak di pasaraya tempatan untuk juadah berbuka puasa. Carilah bahan-bahan yang diyakini halal dan sesuai untuk orang Islam.

5) Cari masjid atau pusat komuniti Islam. Selalunya tempat-tempat ini mempunyai lokasi selera untuk umat Islam. Contohnya, Islamic Centre Canteen, Masjid Ammar and Osman Ramju Sadick Islamic Centre, Hong Kong.

Kredit foto : Fano Miasta, Kevin Grieve Unsplash

Similar Articles

Nasi Memang Tak Salah, Tapi Ada 5 Makanan Pengganti Nasi

By Rahayu Mat Nah
April 10, 2019

Elakkan Makanan Ini Ketika Sahur

By Helmi Anuar
Mei 3, 2019

Apa Makanan Yang Perlu Elak di Waktu Malam?

By Rahayu Mat Nah
April 24, 2019