Tiket Konsert Boyzone Sudah Terjual Lebih 80 Peratus

Jun 12, 2019
By Rahayu Mat Nah

Peminat Boyzone yang masih belum mendapatkan tiket konsert Thank You & Goodnight Farewell Tour 2019, anda dinasihatkan rebut peluang dengan segera.

Ini kerana tiket-tiket yang dijual pada harga RM198, RM438, RM588 dan RM688 kini 80 peratus telah laris dijual. Perkara ini disahkan oleh pihak penganjur, Wowstar Creative Entertainment dalam kenyataan medianya pada Isnin.

Dijangka lebih 5,000 orang penonton akan membanjiri Stadium Malawati, Shah Alam pada 14 Jun ini bagi menyaksikan kumpulan kesayangan mereka, Boyzone, beraksi di pentas buat kali terakhir.

Kumpulan terkenal dari Ireland yang dianggotai Ronan Keating, Shane Lynch, Keith Duffy dan Mikey Graham ini akan menghiburkan peminat dengan himpunan lagu-lagu popular sepanjang karier nyanyian mereka.

Boyzone pertama kali mengadakan persembahan di Kuala Lumpur  pada Ogos 2018, bersempena dengan ulang tahun penubuhan mereka yang ke-25.

Thank You & Goodnight merupakan album studio ketujuh dan terakhir kumpulan terbabit yang dilancarkan pada November 2018.

Satu keistimewaan album ini adalah ia turut menampilkan vokal mendiang Steven Gately dalam single Dream yang menjadi taruhan kepada album yang mendapat sambutan hangat ini.

Lagu yang asalnya ditulis dan dirakam oleh Steven itu disunting semula oleh anggota kumpulan Boyzone setelah mereka menjumpai pita rakaman lama milik Steven.

Dengan pelancaran album terakhir, Boyzone memulakan Jelajah Thank You & Goodnight Farewell pada Januari 2019, di United Kingdom dan Ireland, diikuti Australia, New Zealand, Eropah dan Asia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: fb.com/WowstarCreativeEntertainment/

Kredit foto : Wowstar Creative Entertainment

Similar Articles

Tulus Kembali Bikin Konsert Di Malaysia Ogos Ini

By Helmi Anuar
Mei 31, 2019

Elyana Buat Konsert Untuk Bantu Pesakit Kanser

By Rahayu Mat Nah
April 22, 2019

Aizat Amdan Pembuka Tirai Konsert Jason Mraz

By Helmi Anuar
Mei 6, 2019