The Singing Pizza, Cara Baru Menikmati Pizza

April 22, 2019
By Rahayu Mat Nah

Pizza Hut  Malaysia, terus menerajui inovasi dengan memperkenalkan cara terbaru untuk menikmati pizza, kali ini rangkaian makanan popular ini tampil dengan ‘The Singing Pizza’. Penggemar pizza boleh menikmati pengalaman unik ini daripada Pizza Hut mulai sekarang sehingga Disember hadapan.

Bukan hanya sekadar pizza, Pizza Hut mahu meningkatkan pengalaman rakyat Malaysia secara keseluruhannya dengan menyelitkan hiburan berteknologi tinggi ke dalam setiap hidangan.

The Singing Pizza bakal mengubah cara rakyat Malaysia menikmati pizza melalui penggunaan kotak pizza berinovasi yang turut bertindak sebagai kotak muzik. Ini akan  membuatkan pengalaman menikmati pizza lebih mengasyikkan.

Ketua Pegawai Pemasaran Pizza Hut Malaysia, Jean Ler berkata menerusi kempen ini, pihaknya mahu menggabungkan dua budaya rakyat yang disayangi iaitu makanan dan muzik, menjadi satu pengalaman yang serba baharu.

“Pengalaman Pizza Hut ini adalah untuk menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengecapi hidup yang lebih bermakna dan penuh semangat. Muzik merupakan sebahagian besar daripada budaya rakyat Malaysia, oleh itu melalui ‘The Singing Pizza’, kami menggabungkan dua budaya rakyat yang disayangi iaitu makanan dan muzik, menjadi satu pengalaman yang serba baharu. Kita perlu mengutamakan budaya berkenaan agar kita dapat menyatukan dan memberi inspirasi kepada semua rakyat Malaysia di dalam erti kata yang sebenar,” ujar Jean.

Pizza Hut dengan bekerjasama Universal Music Malaysia menampilkan beberapa artis terpilih seperti Alvin Chong, Zaim, Shalma dan pasangan popular Nur Fazura dan Fattah Amin untuk turut serta dalam kempen julung-julung kalinya ini.

“Saya dan Fattah amat teruja dan berbangga kerana menjadi artis pertama di Malaysia untuk melancarkan trek terbaru kami ‘Paling Sempurna’ melalui platform ‘The Singing Pizza’ yang unik ini. Berapa saja artis yang berpeluang untuk menyampaikan dan mendendangkan lagu kepada para peminat mereka melalui kotak pizza?,” ulas Fazura.

The Singing Pizza’ menjadikan kotak pizza biasa sebagai sebuah kotak muzik yang memainkan lagu daripada senarai lagu eksklusif dan didatangkan dengan pelbagai reka bentuk yang menarik!

Senarai lagu ‘The Singing Pizza’ terdiri daripada 200 lagu-lagu yang akan dikemaskini setiap dua minggu, termasuk lagu-lagu di dalam trend dan trek eksklusif yang belum lagi dilancarkan.

Pelanggan Pizza Hut boleh merasai sendiri pengalaman ‘The Singing Pizza’ menerusi https://www.pizzahut.com.my/the-singing-pizza, panggil 1-300-88-2525 untuk penghantaran atau kunjungi restoran Pizza Hut yang berdekatan. “The Singing Pizza” boleh didapati dalam bentuk:

* Kotak Piza: Kotak piza berkenaan disertakan dengan satu kod QR istimewa untuk diimbas oleh para pelanggan dan memainkan muzik eksklusif melalui telefon mudah alih setiap kali mereka membuat pesanan untuk bawa pulang atau penghantaran.

* Menu Muzik: Satu kod QR khas istimewa akan diletakkan di restoran Pizza Hut bagi membolehkan pelanggan yang makan di restoran menyimbas dan memainkan senarai lagu eksklusif sambil menikmati hidangan piza di situ.

Bukan setakat itu sahaja, untuk menghangatkan lagi kempen berkenaan, pelanggan juga berpeluang untuk menemui Shawn Mendes secara langsung dengan membuat pembelian ‘The Singing Pizza’ di samping menerima baucar-baucar* piza menarik!

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai ‘The Singing Pizza’ daripada Pizza Hut, sila layari https://www.pizzahut.com.my/the-singing-pizza.

Kredit foto : Pizza Hut Malaysia

Similar Articles

Tempah Kek Hari Ibu ‘Online’ di Eat Cake Today

By Nor Syariza Tahir
April 26, 2019

Sediakan Sate Ayam Semudah 1,2,3

By Shah Shamshiri
April 9, 2019

S Great Grain Dengan Lima Kandungan Makanan Sunnah

By Rahayu Mat Nah
April 29, 2019

‘Food For Iman’ Teroka Tempat Makan Halal Di Kuala Lumpur

By Nor Syariza Tahir
April 25, 2019