Tentang Kami

SalamToday merupakan sebuah portal gaya hidup terbaru yang direka khas buat komuniti Muslim digital masa kini. Ia membenarkan para pembaca untuk mengetahui pelbagai perkembangan gaya hidup yang positif serta aktiviti lain yang sesuai buat mereka. Ia juga merupakan portal gaya hidup pertama yang dilancarkan oleh SalamWeb dan menampilkan ajnas kandungan editorial yang dikuasakan oleh sekumpulan pengkarya berpengalaman.

Laman sesawang utama yang dicipta khas buat komuniti Muslim Malaysia ini dihasilkan dalam Bahasa Melayu manakala bahagian antarabangsa pula mengandungi pelbagai liputan dalam Bahasa Inggeris.

Ia juga tertakluk di dalam konsep patuh-Syariah di bawah jenama syarikat induk , SalamWeb.

Kandungan terdiri daripada liputan gaya hidup, gambar serta video yang dikarang dan dihimpun sendiri oleh sidang redaksi SalamToday, selain sumbangan para pembaca juga.

 

Sidang Redaksi SalamToday

Memperkenalkan Sidang redaksi SalamToday

Sidang Redaksi SalamToday

[email protected]

Beberkalkan pengalaman selama dua dekad dalam bidang komunikasi dan media, Shah telah merangka arah tuju kandungan editorial SalamToday untuk menjadikannya salah satu laman sesawang paling bergaya yang masih tertakluk di bawah konsep patuh- Syariah.  Biarpun mencabar, dia percaya bahawa semua orang mempunyai hak untuk didengar dan SalamToday merupakan tempat yang sesuai untuk melaksanakannya!

 

[email protected]

Ili suka mencuba perkara baru. Pernah menulis untuk beberapa majalah gaya hidup Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris terkemuka di Malaysia, serta sempat juga mengajar di beberapa fakulti kreatif terbaik di dua buah universiti tempatan, Ili kini menggalas tanggungjawab sebagai Pengarang atau Editor SalamToday. Siapa tahu langkahnya yang berikut? Mungkin segulung ijazah kedoktoran dalam bidang sains sosial? Namun buat masa kini, dia akan menikmati setiap detik mengetuai sidang redaksi SalamToday dalam menghasilkan gabungan indah kisah gaya hidup yang hip bersama aneka pengajaran taddabur.

[email protected]

Graduan Universiti Teknologi Mara, Shah Alam dalam jurusan Pengajian Media & Komunikasi Massa ini mempunyai pengalaman lebih dari 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah mencabar diri melakukan sesuatu yang berbeza buat seketika, namun dia akhirnya kembali kepada dunia kewartawanan. Suka menulis tentang gaya hidup terutamanya pelancongan, pengembaraan dan makanan. Seorang pengembara tegar!

[email protected]

Berpegang teguh pada minat yang mendalam dalam dunia penulisan dan kewartawanan, Nor Syariza atau lebih mesra dengan panggilan Che Sya bertekad untuk terus berkarya dan memilih SalamToday sebagai platform seterusnya untuk mengembangkan kerjayanya. Berbekalkan pengalaman selama enam tahun sebagai wartawan bisnes dan ekonomi, Che Sya tidak pernah sekali pun berasa bosan dengan rutinnya, malahan menjadikan dirinya lebih berminat untuk mempelajari selok-belok perkembangan dunia korporat. Sudah nama pun penulis, Che Sya turut mempunyai minat yang mendalam dalam penulisan rencana, kisah percutian, pengalaman hidupnya sendiri dan gemar berkongsi tempat-tempat makan menarik dengan para pembaca.

[email protected]

Pernah bekerja untuk salah seorang pereka fesyen terkemuka Malaysia dan beberapa syarikat media ternama, Helmi atau mesra dengan panggilan ‘Emi’ gemar melapor tentang trend gaya hidup terkini. Dia sering dilihat di acara-acara sosial bersama para selebriti sambil menghadiri pelbagai konsert dan jamuan khas. Dia juga suka berlibur kala diberi waktu lapang.

[email protected]

Syahirah Mokhtazar merupakan seorang anak Gen Y yang mencintai permainan kata-kata. Lebih mesra dengan panggilan Sya, ibu muda ini gemar mengikuti perkembangan trend terkini dan mewartakannya. Dari temuramah eksklusif bersama bintang Hollywood seperti Kim Kardashian dan Usher, hinggalah pengalaman menaiki teksi bersama pemandu legenda F1 Nico Rosberg – semuanya merupakan pengalaman berharga yang dapat dia kongsikan. Sya bercadang untk terus berkarya dan membuka minda pembaca SalamToday.

[email protected]

Rahim yang lebih sering dipanggil Aiem merupakan seorang juruvideo yang berbakat. Pernah merakam dan menyunting pelbagai peristiwa menarik, dia juga sering diberi kesempatan untuk menghasilkan karya visual yang hebat.

Kandungan SalamToday boleh didapati dalam: