Telefilem Menarik di TV3 Sepanjang Syawal

Jun 12, 2019
By Rahayu Mat Nah

Setiap kali Syawal, stesen televisyen popular, TV3 tidak pernah ketinggalan membawakan telefilem- telefilem menarik untuk tontonan peminat setia.

Tahun ini, sebanyak 12 buah telefilem disediakan. Antara judul-judul yang telah ditayangkan ialah  Remuk, Raya Kali Ini, Pujaan Hati Kanda Raya, Samad Tedung, Hantu Don, Jodoh WhatsApp dan Derita Pia.

Setelah seminggu berhari raya, kini cuma tinggal dua telefilem yang masih belum ditayangkan iaitu Batik Zakiah dan Dosa Yang Tidak Diiktiraf.

Batik Zakiah akan bersiaran pada malam ini, 12 Jun 2019, jam 10.00 malam. Batik Zakiah mengisahkan tentang kehidupan Zakiah yang penuh dengan dugaan sehingga membuatkan dia merana.

Zakiah telah mendirikan rumah tangga dan menjadi isteri kedua. Dia dilayan dingin oleh isteri pertama dan diperlakukan seperti orang gaji dirumahnya sendiri.

Setelah melahirkan anak yang diberi nama Anum, Zakiah diceraikan dan anaknya diambil ketika berumur 6 bulan.

Kejadian itu menyebabkan Zakiah mengalami kemurungan dan meroyan. Hanya sehelai kain batik yang selalu digunakan untuk Anum sebagai pengubat rindu.

Telemovie terbitan Luqsar Kreatif Sdn Bhd ini dibarisi  oleh Eyka Farhana, Amyza Aznan, Dato Ahmad Tarmimi Siregar, Rusdi Ramli, Noralbaniah, dan Laila Nasir.

Dosa Yang Tak Diiktiraf akan menemui penonton pada Sabtu ini, 15 Jun 2019 pada jam 9.00 malam. Drama terbitan JS Pictures Sdn Bhd ini menampilkan Elly Mazlein dan Zarul Umbrella sebagai teraju utama.

Ia mengisahkan tentang kehidupan pasangan suami-isteri, Razif dan Rita Sarafina yang bergiat dalam industri muzik. Nama mereka gah dalam arena ‘Rock’ tanah air.

Razif ditugaskan untuk mencipta sebuah lagu berunsur keagamaan yang masih ada unsur rock dengan gabungan alunan irama nasyid untuk dijadikan runut bunyi sebuah filem.

Razif mula terkesan dengan skrip filem itu yang menyedarkan dia tentang hukum agama. Sejak itu Razif mula mempelajari tentang agama dan telah meninggalkan kesan terhadap keluarganya apabila mereka juga turut disuruh meninggalkan dunia hiburan.

Kredit foto : TV3 Malaysia

 

Similar Articles

5 Program Gaya Hidup Ramadan TV3

By Rahayu Mat Nah
Mei 5, 2019

TV3 Sajikan Program Menarik Sempena Aidilfitri

By Helmi Anuar
Mei 29, 2019