Tampil Mulus dengan Chriszen Matte Serum Foundation

Mei 14, 2019
By Ili Farhana

Jenama kecantikan dan penjagaan kulit ternama Malaysia, Chriszen, baru-baru ini telah melancarkan rangkaian bedak asas terbaharunya, Chriszen Match Matte Serum Foundation. Ia merupakan bedak asas berformula unik kerana ia produk penjagaan kulit dan juga alat solek.

“Chriszen Match Matte Serum Foundation istimewa kerana ia bedak asas dengan tekstur serum,” kata Cik Mandy Leong, Pengarah Pengurusan CHRISZEN Malaysia. “Sebagai serum, saiz molekulnya kecil, jadi bedak asas ini bukan sahaja mampu memberikan litupan yang sempurna dan sekata. Ia juga mampu meresap ke dalam kulit untuk memberikan khasiat bahan-bahan aktifnya kepada bahagian kulit yang memerlukan bantuan.”

Bedak asas ini kaya dengan 11 bahan aktif seperti ekstrak bearberry, ekstrak kernel oat, algae Laut Merah, ekstrak akar likuoris, vitamin B3, bunga kemboja, trehalosa, fucogel (biosacharida gum-1),  ekstrak aloe vera, ekstrak madu Manuka dan ekstrak witch hazel, bedak asas ini mampu membantu melembapkan kulit, mencerahkan kulit, dan melindungi kulit daripada radikal bebas dan mengandungi agen anti-penuaan. Chriszen Match Matte Serum Foundation juga ringan seperti pelembap berwarna.

Bedak asas ini sesuai untuk semua jenis kulit dan didatangkan dalam lima rona yang dicipta untu kulit wanita Asia Tenggara—Natural Ivory untuk kulit cerah-sederhana dengan bayang warna (undertone) cool, Light Beige untuk kulit cerah-sederhana dengan bayang warna neutral, Nude Beige untuk kulit sederhana dengan bayang warna neutral, Natural Beige untuk kulit sederhana dengan bayang warna warm, dan Rich Honey untuk kulit sawo dengan bayang warna warm. Formulasi ringan bedak asas ini memudahkan penyapuannya sekali gus memastikan litupan yang sempurna pada kulit.

Jurusolek ternama Ayang Kamell juga sempat membuat demonstrasi cara penggunaan terbaik bedak asas Chriszen Match Matte Serum Foundation kepada para hadirin.

Bedak asas ini boleh didapati pada harga RM56.90 (Semenanjung Malaysia) dan RM65.60 (Sabah dan Sarawak) dan boleh didapati secara eksklusif di kedai-kedai GUARDIAN di seluruh negara.

 

Foto: Ihsan Chriszen Malaysia