‘Take Love Back’ Melankolik Kerumitan Hubungan Antara Kaum Dan Agama

Mei 21, 2019
By Nor Syariza Tahir

Single terbaharu penyanyi R&B yang popular dengan lagu-lagu Inggeris, NJWA, yang berjudul Take Love Back ternyata boleh disifatkan sebagai lagu yang paling beremosi dan peribadi buatnya setakat ini.

Dikenali sebagai Najwa Mahiaddin sebelum ini, penyanyi dinamik ini kali ini berkolaborasi bersama penerbit, Darren Ashley bagi single terbaharunya itu.

Karya yang banyak mengetengahkan alunan bunyi peralatan muzik dan rentak irama itu ternyata menonjolkan kekuatan vokal NJWA dan kekukuhan emosinya, dengan terselitnya momen-momen hati yang rapuh di antara bait-bait liriknya.

Lagu ini bermula dengan intro melankolik yang memberi kesan mendalam kepada keseluruhan liriknya;

  • “So you tell me that it’s over
  • Just because they say it ain’t okay
  • But they don’t even know me
  • Yet they judge me by my name, my race and what I believe in.”

Diilhamkan daripada pengalaman peribadinya, Take Love Back berkisarkan tentang kerumitan dalam hubungan antara kaum dan agama, yang sepertinya dihimpit oleh cabaran-cabaran yang masih tiada penyelesaian.

Isu ini amat berkait rapat dengan kehidupan rakyat berbilang kaum di Malaysia.

Take Love Back mungkin bukanlah lagu kebiasaan balada pop yang menjadi halwa telinga anda, namun ia sarat dengan suntikan asal-usul NJWA serta vokal aslinya yang mempunyai klimaks pada bahagian korus.

“Kadangkala, sesebuah perhubungan itu tidak berjaya bukanlah kerana dua insan itu sudah saling tidak menyayangi. Namun, kerana keluarga atau masyarakat yang tidak mengizinkan untuk mereka bersama.

“Jadi, bagaimana anda mahu membalas rasa sayang itu kembali?” soal NJWA meninggalkan tanda tanya kepada pendengar semua.

Foto: NJWA

Diilhamkan daripada pengalaman peribadinya, Take Love Back berkisarkan tentang kerumitan dalam hubungan antara kaum dan agama, yang sepertinya dihimpit oleh cabaran-cabaran yang masih tiada penyelesaian.

Similar Articles