Taiwan Expo 2019 Pamer Produk Halal Dan Teh ‘Bubble’ Taiwan

Julai 9, 2019
By Nor Syariza Tahir

Kegilaan pembeli di Malaysia terhadap minuman teh bubble sememangnya tidak dapat dipertikaikan lagi.

Dengan kemasukan pelbagai jenama teh bubble terutamanya dari luar negara, ia memeriahkan lagi pasaran tempatan, sekali gus menerima sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

Menyedari keadaan tersebut, Majlis Pembagunan Perdagangan Luar Taiwan (TAITRA) membawakan pelbagai jenama dan pengeluar teh bubble dari Taiwan dalam acara Taiwan Expo 2019 yang berlangsung pada 5 dan 6 Julai di Setia SPICE Convention Centre, Pulau Pinang.

Turut menampilkan pelbagai produk halal dari Taiwan di Taiwan Halal & Bubble Tea Pavilion, pempamer utama di pavilion tersebut adalah termasuk lima produk halal dan pembuat teh bubble paling ikonik di Taiwan.

Ia terdiri daripada Shih Chen Foods, Yilan Anyong LOHAS, FuFann Enterprise, Kuojer Enterprise dan Yung Soon Lih Food Machine.

Syarikat-syarikat tersebut mempamerkan teh susu segera, intipati ikan premium, kerisik, bahan mentah teh bubble dan periuk teh bubble pelbagai fungsi.

Pengerusi TAITRA, James C.F. Huang berkata, produk halal Taiwan diiktiraf di pasaran antarabangsa kerana pengeluaran yang berkualiti tinggi dan pembungkusan yang menarik.

“Kini, Taiwan mempunyai lebih daripada 1,000 pengilang dan kedai makan yang disahkan halal, berbanding 500 masing-masing di Jepun dan Korea Selatan.

“Kerajaan Taiwan telah berusaha bersungguh-sungguh untuk membangunkan industri halal di negara itu.

“Malaysia adalah negara yang mempunyai lebih daripada 20 juta penduduk beragama Islam dan salah satu pasaran sasaran yang terpenting untuk produk halal Taiwan.

“Hubungan mesra antara Malaysia dan Taiwan juga membuka lebih ruang untuk kedua-dua negara bekerjasama dalam industri halal,” ujarnya.

Antara aktiviti yang dianjurkan pada Taiwan Expo 2019 termasuk demonstrasi masakan istimewa oleh Cef Selebriti dari Pulau Pinang, Nulkarim yang memasak resipi asam laksa lazat menggunakan ramuan halal dari Taiwan serta demonstrasi produk kosmetik halal yang digunakan oleh selebriti media sosial.

Taiwan Expo 2019 mempamerkan produk-produk dari 140 pengilang Taiwan di 110 gerai pameran, sekali gus memberi peluang kepada pengunjung untuk belajar mengenai teknologi dari Taiwan seperti bandar pintar, Industri 4.0, teknologi hijau, rawatan perubatan, trend produk gaya hidup, pelancongan, teh bubble dan makanan istimewa Taiwan.

Foto: PR Newswires dan laman web Shih Chen Foods.

Turut menampilkan pelbagai produk halal dari Taiwan di Taiwan Halal & Bubble Tea Pavilion, pempamer utama di pavilion tersebut adalah termasuk lima produk halal dan pembuat teh bubble paling ikonik di Taiwan.

Similar Articles

5 Produk Halal Menarik di MIHAS 2019

By Shah Shamshiri
April 24, 2019