Traveloka Xperience, Pemandu Pelancong Digital Anda!

September 6, 2019
By Rahayu Mat Nah

Traveloka, aplikasi pelancongan dan gaya hidup untuk destinasi domestik dan antarabangsa, baru-baru ini telah melancarkan Traveloka Xperience, sebuah platform ringkas dan mudah untuk digunakan bagi meneroka dan menempah aktiviti pelancongan serta aktiviti gaya hidup di Traveloka.

Traveloka Xperience membolehkan pelancong domestik dan antarabangsa atau penduduk tempatan yang tidak bercuti memanfaatkan sepenuhnya penginapan mereka atau hanya menikmati aktiviti malam yang menyeronokkan dengan meneroka beribu-ribu aktiviti dan tarikan yang telah disesuaikan di bawah satu platform.

Dengan produk Xperience Traveloka terbaharu, pelancong dengan mudahnya dapat meneroka dan menempah sesuatu yang santai atau mengisi masa mereka melalui pengalaman di luar jangkaan di setiap penjuru dunia.

Terdapat enam kategori pilihan yang boleh dimanfaatkan iaitu Tarikan, Lawatan, Acara Sukan, Taman Permainan dan Hiburan. Setiap kategori ini menyenaraikan akiviti-aktiviti atau tarikan yang disyorkan oleh penduduk tempatan di setiap destinasi terbabit.

Traveloka kini menawarkan lebih daripada 15,000 inventori yang menarik merentasi pelbagai negara. Inventori dalam kesemua 10 (dan lebih) kategori boleh didapati untuk pengguna Traveloka di tujuh negara termasuk Thailand, Indonesia, Filipina, Vietnam, Malaysia, Singapura dan Australia.

Pengurus Negara Traveloka bagi Malaysia dan Singapura, Halif Hamzah, berkongsi bahawa Traveloka Xperience bermatlamat untuk memperkasakan pengguna mereka dengan menawarkan pelbagai penerokaan merentasi pelbagai kategori sama ada untuk pengembaraan domestik mahupun luar negara.

“Di Traveloka, kami mempunyai misi untuk menggalakkan pengguna kami untuk meneroka dunia dengan menyediakan perkhidmatan yang menggabungkan pengalaman pelancongan dan gaya hidup dalam satu platform. Kami mahu impian mereka menjadi kenyataan.

Traveloka Xperience disesuaikan mengikut pilihan dan minat individu bagi memudahkan dan mengubahsuai perjalanan mereka sambil menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk diterokai,” ujar Halif.

Xperience boleh diakses di semua platform Traveloka termasuk komputer, telefon bimbit dan aplikasi. Antara keistimewaan Traveloka Xperience ialah, ia menyediakan pelbagai tawaran hebat dan harga diskaun, pelbagai pilihan pembayaran serta tempahan disahkan serta-merta.

Salah satu tawaran yang boleh dinikmati di Traveloka Xperience pada September ini ialah potongan 15% atau sehingga RM80 (dengan urus niaga minimum RM250 untuk pembelian pertama) dengan menggunakan kod promo JOMXP19. Tawaran ini sah untuk pembelian produk-produk dalam negara mahupun luar negara.

Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini, lawati https://www.traveloka.com/en-my/ dan https://www.facebook.com/traveloka.com.my

 

Similar Articles

Terokai Lebih Banyak Destinasi dengan Ciri Traveloka Terbaharu

By Rahayu Mat Nah
Mei 8, 2019

8 Lokasi Game Of Thrones Untuk Dilawati

By Nor Syariza Tahir
April 29, 2019

Tenangnya Adelaide, Mendamaikan Hati dan Minda, bhg. 1

By Ili Farhana
Ogos 16, 2019

Tenangnya Adelaide, Mendamaikan Hati dan Minda, bhg. 2

By Ili Farhana
Ogos 16, 2019

Lokasi Penginapan Unik Di New Zealand

By Nor Syariza Tahir
Ogos 23, 2019