Starbucks Malaysia Perkenal Koleksi Hijab Naelofar X Starbucks Edisi Terhad

Ogos 6, 2019
By Helmi Anuar

Bagi pencinta minuman popular Starbucks dan juga tudung popular Naelofar, ada berita baik buat anda! Dua jenama terkemuka itu telah menjalin kerjasama dalam menghasilkan selendang atau hijab edisi khas.

Menariknya selendang yang hadir dalam tiga warna ini diinspirasikan dari minuman Starbucks sendiri iaitu coklat, karamel dan teh hijau dan diletakkan di dalam bekas minuman Starbucks yang boleh digunapakai.

Setiap RM1 dari hasil penjualan tudung koleksi istimewa yang berharga RM78 setiap satu ini akan disalurkan ke badan kebajikan bersempena dengan kempen MYCupsofKindness.

Koleksi ini juga telah direka oleh pemilik jenama Naelofar sendiri iaitu selebriti popular Noor Neelofa.

Bagi yang ingin mendapatkan koleksi kolaborasi istimewa ini, anda boleh beli di kafe StarbucksĀ  di seluruh Malaysia sementara stok masih ada.

 

Kandungan SalamToday boleh didapati dalam: