Solat Terawih Lebih Kusyuk Dengan Adanya Kids Zone Di Masjid

Mei 17, 2019
By Helmi Anuar

Solat sunat Terawih hanya boleh dilakukan ketika bulan Ramadan sahaja setiap tahun. Ramai umat Islam tidak mahu melepaskan peluang menunaikan ibadah Terawih di masjid mahupun surau.

Namun tidak semua yang berkeinginan untuk menunaikan solat Terawih di masjid mahupun surau yang mampu untuk ke sana kerana memikirkan ada anak-anak yang perlu dijaga dan takut mengganggu jemaat lain.

Kini anda tidak perlu lagi risau dengan masalah itu. Sudah terdapat banyak masjid-masjid di seluruh Malaysia yang menyediakan ruang untuk kanak-kanak bermain ketika anda menunaikan solat Terawih. Ruang ini dinamakan sebagai Kids Zone.

Malah penjaga kanak-kanak turut disediakan untuk memantau anak-anak anda. Pelbagai aktiviti menarik dan berilmiah juga turut dianjurkan untuk kanak-kanak yang datang ke ruangan ini. Bayaran yang dikenakan pula serendah RM10 ringgit sahaja untuk setiap sesi.

Bagi anda yang tinggal di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, anda boleh berkunjung ke Masjid Asy Syakirin KLCC ataupun di Masjid At-Taqwa TTDI.

Bagi yang tinggal di Perak pula, Masjid Sultan Idris Shah 2 di Ipoh Perak yang dikenali sebagai Masjid Negeri Perak ada menyediakan ruangan untuk kanak-kanak. Malah ramai jemaah yang menyumbang kelengkapan seperti permainan dan juga buku untuk kanak-kanak di sini.

Untuk warga utara yang tinggal di Pulau Pinang, Masjid Negeri Pulau Pinang turut menyediakan ruangan untuk kanak-kanak. Pelbagai aktiviti menarik turut disediakan disini seperti mewarna.

Dengan adanya kemudahan seperti ini, kini menunaikan solat Terawih di masjid bukanlah lagi menjadi beban buat ibu bapa. Semoga ibadah kalian lebih kusyuk dan diberkati oleh Allah S.W.T

 

Sumber : Pelbagai akaun Facebook