SO.LEK Jenama Tempatan Untuk Tampil Berkeyakinan

Mei 15, 2019
By Rahayu Mat Nah

Mula dilancarkan pada 11 Oktober 2016, jenama Kosmetik SO.LEK ini diilhamkan oleh dua adik-beradik, Dahlia Nadirah and Luqman Hakim.

Dahlia mendapat inspirasi untuk meneroka bidang kosmetik setelah dia melawat Kota New York pada tahun 2015. Di sana, dia mendapati banyak jenama kosmetik yang dijual di farmasi-farmasi sangat berkualiti biarpun harganya murah.

Sebagai jenama baru, SO.LEK berazam untuk memberikan yang terbaik kepada pengguna. Mereka mahu pengguna mereka tampil lebih berkeyakinan dengan meningkatkan kecantikan mereka pada harga yang berpatutan.

 

Menyentuh tentang penggunaan nama SO.LEK, ia sebenarnya terinspirasi daripada perkataan ‘alat solek dan juga kata-kata yang sering dituturkan oleh kedua adik-beradik ini iaitu “SO? Relax!”

Sesuai dengan statusnya sebagai jenama tempatan, SO.LEK menampilkan refleksi keindahan budaya Malaysia. Malah, mereka juga berbangga apabila rangkaian produk pelembap yang menggunakan minyak zaitun mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Bukan itu sahaja, sebahagian produk mereka juga telah disahkan halal.

Di awal kelahiran produk ini, SO.LEK memperkenalkan Gincu By SO.LEK yang mempunyai lima tona warna di bawah kategori Bunga Gang. Kini kategori ini sudah mempunyai 20 tona warna untuk soft-matte lip cream , 6 tona warna untuk bullet lipstick, 1 maskara, 1 penggaris mata, 3 tona warna untuk BB Cushion, 2 pilihan warna untuk pemerah pipi dan 13 warna untuk pewarna kuku termasuk top coat.

 

SO.LEK Kosmetik boleh didapati di laman sesawang  www.solekcosmetics.com atau platform online yang lain iaitu www.fashionvalet.com,  www.prettysuci.com dan www.mybazar.com.

Selain itu anda juga boleh dapatkan jenama ini di FashionValet Pavilion, FashionValet Publika, Fred Segal, One Utama, Play Up Advance – Fahrenheit 88, Berjaya Times Square, IOI City Mall Putrajaya, Paradigm Mall JB, Isetan KLCC  dan stor Guardian terpilih.

Kredit foto : https://www.solekcosmetics.com & https://www.instagram.com/so.lek