Sertai ‘Mastaclass Goreng’ Untuk Memasak Bersama ALIF

September 17, 2019
By Nor Syariza Tahir

Tahukah anda bahawa apabila kita memasak menggunakan minyak masak, terdapat suhu-suhu tertentu yang perlu diikuti untuk menjadikan makanan lebih enak dan masak dengan sempurna?

Selain itu, adakah anda sedar bahawa kesemua minyak masak yang dijual di pasaran adalah berbeza mengikut kualiti dari segi penghasilan dan pemprosesannya, yang boleh memberi kesan kepada rasa masakan anda?

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kesemua itu, anda boleh menyertai pertandingan ‘Mastaclass Goreng’ anjuran Sime Darby Oils, yang merupakan pengeluar minyak masak jenama ALIF.

Bakal diadakan pada 19 Oktober 2019, pertandingan tersebut lebih menarik kerana ia menampilkan cef selebriti terkenal, Cef Nik Michael Imran serta artis berbakat serba boleh, Alif Satar sebagai hos bersama.

Untuk layak menyertai pertandingan tersebut, anda hanya perlu menjawab beberapa soalan mengenai minyak masak ALIF di Facebook: Minyak Masak ALIF yang berlangsung bermula 16 September 2019 hingga 29 September 2019.

Kemudian, hanya 15 pemenang bertuah akan dipilih untuk ke pertandingan ‘Mastaclass Goreng’ pada bulan Oktober nanti.

Menurut Cef Nik Michael, pada pertandingan tersebut itu nanti, setiap peserta akan melalui keseluruhan proses untuk menggoreng dan memasak menggunakan minyak masak dengan cara yang betul.

“Peserta tak semestinya perlu pandai memasak kerana kesemua bahan memasak akan disediakan.

“Yang penting, mereka perlu pantas menyiapkan tugasan yang diberi dan boleh mengikut kaedah-kaedah yang betul untuk menggunakan minyak masak.

“Sepanjang berlangsungnya pertandingan tersebut, saya akan turut mengajar pelbagai perkara seperti suhu yang berbeza untuk menggoreng, cara-cara menggoreng yang betul dan pelbagai lagi perkara yang menarik yang mungkin kebanyakan daripada anda tidak pernah tahu mengenainya,” katanya.

Pertandingan ‘Mastaclass Goreng’ akan berlangsung secara live di Facebook Minyak Masak ALIF selama kira-kira 2 jam yang akan menampilkan kesemua peserta secara sekali gus.

Selain itu, mengulas mengenai minyak masak ALIF, Nik Michael berkata, secara peribadi, dia sendiri merupakan pengguna setia minyak tersebut kerana kualitinya yang tinggi.

“Sebelum ini, saya banyak menggunakan minyak zaitun dalam masakan. Namun, selepas mencuba minyak masak ALIF, saya terus menjadi peminat jenama ini.

“Ini kerana ia tidak berbau minyak dan amat berguna terutamanya untuk menumis bawang.

“Kini, saya menggunakan minyak masak ALIF untuk restoran saya juga,” jelasnya ketika ditemui pada majlis pelancaran label baharu minyak masak ALIF baru-baru ini yang dilancarkan oleh Menteri Industri Utama, Teresa Kok.

Jadi, jangan lupa ‘like’ Facebook Minyak Masak ALIF untuk menyertai ‘Mastaclass Goreng’!

Foto: Sime Darby Plantation

Bakal diadakan pada 19 Oktober 2019, pertandingan tersebut lebih menarik kerana ia menampilkan cef selebriti terkenal, Cef Nik Michael Imran serta artis berbakat serba boleh, Alif Satar sebagai hos bersama.

Similar Articles

Ajinomoto Rasa Sifu Untuk Masakan Ala Restoran

By Rahayu Mat Nah
Ogos 19, 2019

Alif Satar – Lelaki Idaman Malaya

By Helmi Anuar
Jun 16, 2019