Sentuhan Magis MAGICA Untuk Pelbagai Acara

Jun 24, 2019
By Nor Syariza Tahir

Jika ada yang sedang merancang untuk menganjurkan sebarang acara, namun masih tercari-cari lokasi yang bersesuaian, MAGICA Events and Function Halls (MAGICA) merupakan pilihan terbaik untuk majlis anda.

Terletak di tingkat 4, Star Avenue Lifestyle Mall, Subang, MAGICA merupakan dewan agam yang direka indah berdasarkan konsep hiasan dalaman Eropah yang moden dan dilengkapi kemudahan serba lengkap.

Ia menampilkan tiga dewan utama iaitu Magical Hall, Classic Hall dan Garden Hall, yang mana gabungan kesemua dewan ini boleh memuatkan sehingga 7,000 tetamu pada satu-satu masa.

Setiap dewan juga boleh berfungsi secara berasingan dengan rekaan dalaman yang tersendiri untuk memenuhi keperluan, kehendak dan konsep yang berbeza.

Magical Hall

Dewan utama yang menampilkan rekaan dalaman ekstravaganza dengan dekorasi penuh lampu candelier nan memukau yang terdiri daripada juntaian kelopak-kelopak kaca dan kristal yang bergemerlapan.

Berada di tengah-tengah dewan adalah laluan peragaan yang diperbuat daripada lantai kaca sepanjang 22 meter yang bersambung dengan pentas utama serta dihias penuh dengan bunga-bungaan.

Bak persona magis yang terserlah indah, dekorasi yang menakjubkan ini dihidupkan oleh sistem penataan cahaya canggih yang meliuk-liuk bersama alunan muzik.

Mampu memuatkan sehingga 3,000 tetamu secara bufet atau 700 tetamu dengan susunan meja, dewan dengan kemudahan siap bina ini membolehkan majlis dapat dilangsungkan dengan lebih mudah dan menjimatkan masa, namun tetap memukau pada setiap hari dan waktu.

 

Classic Hall

Terletak di sebelah kanan Magical Hall adalah Classic Hall, ruang berkeluasan 12,000 kaki persegi yang didatangkan dengan pentas siap bina, pintu masuk yang ditatarias dan hiasan bunga-bungaan bersama hamparan karpet merah.

Dewan ini juga dilengkapi dengan sistem penataan cahaya dan AV yang memberikan kesan lebih dramatik, membawa suasana majlis anda ke tahap yang lebih berprestij.

Dengan kemampuan kapasiti yang sama dengan Magica Hall dan banyak lagi ruang untuk sentuhan peribadi, anda boleh menyerlahkan kreativiti sendiri dengan menghias dewan mengikut cita rasa masing-masing.

 

Garden Hall

Sementara itu, Garden Hall pula menampilkan suasana ala hutan hijau persis taman nan damai lagi mengasyikkan, yang amat sesuai untuk acara keraian atau majlis perkahwinan.

Selesa untuk 250 tetamu dengan susunan meja atau 700 tetamu secara bufet, dewan ini dilengkapi dengan suasana romantis yang berlatarbelakangkan irama semulajadi kicauan burung dan deruan air terjun, bak taman bidadari yang bakal menjelmakan keajaiban.

VIP Suite Rooms

Untuk pelanggan yang bercadang menganjurkan majlis yang lebih kecil atau mesyuarat, mereka mempunyai pilihan iaitu bilik suite yang dapat menampung antara 40 hingga 80 tetamu.

Terdapat dua bilik suite VIP yang fleksibel bersama ruang legar luas untuk memenuhi keperluan sebarang acara.

 

Sesuai Untuk Majlis Perkahwinan

Amat sesuai untuk pasangan mempelai yang ingin melangsungkan perkahwinan, MAGICA Events & Functions Hall menawarkan rangkaian pakej perkahwinan menarik yang terdiri daripada senarai menu oleh katerer, pakar perunding perkahwinan dan pengurusan acara, diskaun menarik daripada rakan vendor serta pastinya dekorasi mempersona sebagai latar belakang kepada perkahwinan impian.

Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa dengan tawaran dan kelengkapan yang disediakan oleh MAGICA, pelanggan bukan sahaja bakal mendapat majlis perkahwinan yang sempurna dan berprestij, bahkan dapat menjimatkan lebih 50 hingga 60% daripada apa yang sepatutnya mereka belanjakan.

Foto: MAGICA Events & Functions Hall 

Ia menampilkan tiga dewan utama iaitu Magical Hall, Classic Hall dan Garden Hall, yang mana gabungan kesemua dewan ini boleh memuatkan sehingga 7,000 tetamu pada satu-satu masa.

Similar Articles