Semarak Rasa Ramadan di Grand Dorsett Subang

April 23, 2019
By Rahayu Mat Nah

Berbuka puasa dengan hidangan dari seluruh negeri di Malaysia memang menarik. Lebih-lebih lagi jika hidangan tersebut agak sukar dicari ketika hari-hari biasa. Jadi, sempena Ramadan tahun ini bolehlah ambil kesempatan berbuka puasa di Grand Dorsett Subang.

Bertemakan Semarak Rasa Ramadan, bufet Ramadan yang ditawarkan di Terazza Brasserie dan Bilik Melati ini menjanjikan lebih 100 juadah berbuka puasa yang sukar dilepaskan. Mungkin agak mustahil untuk menikmati kesemua hidangan, namun anda boleh buat pilihan secara bijak.

Ada Sate, Briyani Gam Johor, Dalca Sayur dan Briyani Gam Johor, Dalca Sayur dan Mangga Muda Penang, Sotong Goreng Berlada Negeri Sembilan, Gulai Tempoyak Patin Pahang, Sotong Sumbat Terengganu, Gulai Kawah Kelantan, Rendang Tok Perak, Ikan Bakar Kuala Perlis, Tetel Asam Pedas Melaka, Gulai Lemak Pisang Muda Selangor, Laksa Sarawak, Sup Campur Kedah and Spageti Makanan Laut Sabah dan tidak ketinggalan signature dish, Sup Tulang Gear Box and Kambing Golek Berempah.

Buat penggemar hidangan manisan, selain boleh menikmati pelbagai hidangan kek, anda juga boleh menjamu selera dengan menu-menu tradisional Melayu seperti Bubur Kacang Hijau, Bubur Jagung, Pengat Nangka, Bubur Kacang Hitam, Kuih Koci, Kuih Seri Muka, Kuih Talam dan Kuih Kole Kacang.

Bufet Semarak Rasa Ramadan ini berharga RM165 bersih di Terazza Brasserie dan RM155 bersih di Bilik Melati. Kedua-dua harga ini sah untuk dewasa. Sebarang pertanyaan dan tempahan, anda boleh menghubungi talian +603 50316060.

 

Kredit Foto – Grand Dorsett Subang

Similar Articles