Segalanya Durian Pada Festival & Anugerah Durian Bangi Golf Resort

Mei 26, 2019
By Nor Syariza Tahir

Para penggemar durian di luar sana pasti selalu mengimpikan untuk menghadiri acara yang bertemakan durian, yang mengetengahkan pelbagai spesis buah durian, makanan berasaskan durian serta aktiviti-aktiviti berkaitan raja buah itu.

Berita baik untuk anda, kerana impian anda itu akan menjadi kenyataan!

Ini kerana Bangi Golf Resort akan menganjurkan Festival & Anugerah Durian Bangi Golf Resort pada 13 dan 14 Julai ini yang akan mengetengahkan lebih daripada 5,000 kilogram durian dari serata Malaysia.

“Festival kali ini akan membawakan durian variasi terkenal dari ladang-ladang di Pulau Pinang, Pahang, Johor serta seluruh Malaysia yang dikumpulkan di Bangi Golf Resort.

“Darilah durian kampung, D24, Duri Hitam hinggalah yang menjadi kegemaran ramai seperti Raja Kunyit atau lebih dikenali sebagai Musang King menanti para peminat durian di luar sana,” ujar Pengarah Festival, BK Tan.

Dianjurkan buat pertama kali pada pada 13 Jun 2018, Festival & Anugerah Durian Bangi Golf Resort pada tahun lepas menyaksikan kehadiran lebih 6,000 pengunjung, dan angka itu dijangka berganda untuk tahun ini.

Dengan lebih 35 khemah dan tapak pameran dibuka pada tahun lepas, ia terdiri daripada penjual durian, makanan berasaskan durian seperti ais krim dan kopi, buah-buahan tempatan, baja, anak pokok, peralatan pertanian, buku dan pakaian turut dijual.

Pada tahun ini, lebih 60 khemah akan dibuka untuk pasar tani, 38 peserta bagi pameran dagangan dan enam seminar berteraskan durian akan berlangsung yang dibuka untuk semua.

Acara lain yang diadakan pada tahun ini adalah Kejohanan Dunia Durian Edisi Malaysia, seminar dan simposium, Larian Durian serta Konsert Raja Buah.

Kejohanan Dunia Durian Edisi Malaysia akan menyaksikan 5 kategori dipertandingkan iaitu Musang King, Duri Hitam, D24, berdaftar serta terbuka, dan penyertaan adalah dari seluruh Malaysia.

Juri bagi kejohanan tersebut adalah pakar-pakar dari MARDI dan FAMA, media serta dua juri selebriti iaitu Maria Tunku Sabri dan Cef Zam.

Manakala acara Larian Durian merupakan larian pertama di Malaysia yang akan menyaksikan para peserta berlari bersama durian menggunakan kreativiti mereka. Dua kategori dipertandingkan, iaitu Elit dan Fun Run yang dibuka untuk semua.

Sementara itu, Konsert Raja Buah pula akan menghidangkan bukan sahaja persembahan daripada artis-artis terkenal tanah air, malahan jamuan makan malam yang turut diilhamkan daripada durian.

Selain itu, beberapa orang selebriti turut dilantik sebagai Sahabat Durian Festival, iaitu Sissy Imann, Fara Hezel, Wani Kayrie dan Raja Syahiran. Mereka merupakan antara peminat durian dan akan turut serta memeriahkan festival itu.

“Kami berhasrat untuk menjadikan Bangi sebagai sebuah lokasi tarikan pelancong, di mana setahun sekali, keluarga dan sahabat handai dapat berkumpul untuk menikmati durian dari seluruh Malaysia dan terlibat dalam aktiviti-aktiviti menarik.

“Bangi Golf Resort juga kini dalam proses untuk membangunkan hub durian sepanjang tahun tanpa mengira musim, dengan mewujudkan muzium durian, produk agro pelancongan dan pusat penyelidikan durian,” tambah Tan.

Festival & Anugerah Durian Bangi Golf Resort tahun ini turut disokong oleh MARDI, Selangor FM sebagai radio rasmi, F8Buzz.com sebagai portal rasmi dan barisan penaja; Dulai Fruits, AgroBridge, F&B Equipments dan Terra Security Monitoring Sdn. Bhd.

Bagi yang berminat untuk menyertai sebarang aktiviti di Festival & Anugerah Durian Bangi Golf Resort 2019 boleh menghubungi Winny di talian 012-2759 299 atau lawati www.durianfestival.my.

Festival & Anugerah Durian Bangi Golf Resort 2019 akan berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 8 malam. Masuk adalah percuma.

Foto: Bangi Golf Resort 

Pada tahun ini, lebih 60 khemah akan dibuka untuk pasar tani, 38 peserta bagi pameran dagangan dan enam seminar berteraskan durian akan berlangsung yang dibuka untuk semua.
Acara lain yang diadakan pada tahun ini adalah Kejohanan Dunia Durian Edisi Malaysia, seminar dan simposium, Larian Durian serta Konsert Raja Buah.

Similar Articles

Kandungan SalamToday boleh didapati dalam: