Scoop Shop Pertama Aiskrim Ben & Jerry’s Di Malaysia

September 11, 2019
By Nor Syariza Tahir

Buat semua peminat aiskrim dan manisan.

Sudahkah anda mencuba jenama aiskrim terkenal di dunia yang baru sahaja membuka cawangan pertamanya di Malaysia, Ben & Jerry’s?

Jika belum, apa kata anda berkunjung ke cawangannya yang dibuka di pusat beli-belah Sunway Pyramid yang terletak di bahagian Central Avenue dan rasai keenakan aiskrim yang berasal dari Amerika Syarikat itu.

Cawangan yang digelar Scoop Shop itu menghidangkan 16 perisa aiskrim yang menarik, termasuk perisanya yang terlaris di dunia seperti Cherry Garcia, Chocolate Fudge Brownie, Chunky Monkey, New York Super Fudge Chunk, Triple Caramel Chunk dan Tonight Dough.

Pasti anda akan tergoda dalam merasai pengalaman menikmati aiskrim chunky dan swirly yang enak lagi menggiurkan!

Selain aiskrim, anda juga boleh mendapatkan minuman shakes, sundaes, kek aiskrim dan beraneka rangkaian produk Ben & Jerry’s yang baharu.

“Kami memahami bahawa pelanggan kini semakin peka tentang produk dan kandungan yang mereka makan, serta nilai yang menjadi pegangan jenama kami.

“Sehubungan itu, kami di Unilever berbangga untuk memperkenalkan Ben & Jerry’s ke pasaran Malaysia berserta dengan kekuatan nilai yang dibawa bersamanya.

“Datanglah ke Scoop Shop ini dan nilaikan sendiri keunikan rasa aiskrim Ben & Jerry’s berbanding jenama-jenama premium yang lain,” ujar Pengarah Pemasaran Makanan dan Minuman Unilever Malaysia, Shiv Sahgal.

Sementara itu, dalam usaha untuk menghasilkan aiskrim terbaik, Ben & Jerry’s percaya bahawa selain menghasilkan aiskrim yang sedap, jenama itu turut mempunyai kelebihan dari segi kekuatan serta nilai positif untuk mencetus perubahan sosial dan alam sekitar.

Daripada memberi upah yang adil melalui Fairtrade kepada para petaninya, hinggalah memberikan peluang pekerjaan kepada mereka yang memerlukan, Ben & Jerry’s mendapatkan bahan-bahan ramuannya daripada pengeluar serta pembekal yang berkongsi nilai sama.

Sejajar dengan pendekatan tersebut, Ben & Jerry’s telah bekerjasama dengan eat X dignity, sebuah inisiatif tempatan yang menyediakan peluang keusahawanan dalam industri makanan dan minuman kepada pelajar kurang bernasib baik di Malaysia.

Mereka akan menyediakan cookie dengan brownie yang boleh didapati di Scoop Shop Ben & Jerry’s di Kuala Lumpur.

Selain itu, Scoop Shop di Malaysia juga akan mengambil bahagian dalam usaha mengurangkan penggunaan plastik pakai buang di kedainya dengan menawarkan penyedut minuman kertas boleh biodegradasi dan sudu kayu kepada para pelanggannya.

Aiskrim terlaris Ben & Jerry’s juga boleh didapati dalam tab di semua pasaraya utama seperti AEON, Jaya Grocer’s dan Sam’s Groceria.

Ben & Jerry’s Malaysia boleh diikuti di:

Facebook: Ben & Jerry’s

Instagram: benandjerrysmy

Foto: Madhat Asia

 

 

 

Cawangan yang digelar Scoop Shop itu menghidangkan 16 perisa aiskrim yang menarik, termasuk perisanya yang terlaris di dunia seperti Cherry Garcia, Chocolate Fudge Brownie, Chunky Monkey, New York Super Fudge Chunk, Triple Caramel Chunk dan Tonight Dough.

Similar Articles