Saksikan ‘Voice of Nature: Titan Symphony’ di Dewan Filharmonik Petronas

Jun 7, 2019
By Nor Syariza Tahir

Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) akan mempersembahkan dua permata klasiknya dalam sebuah konserto biola yang bakal berlangsung, yang bertemakan Voice of Nature: Titan Symphony.

Bakal berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas, konsert itu akan diadakan pada 15 Jun 2019, pukul 8.30 malam dan 16 Jun 2019 pada pukul 3 petang.

Terdiri daripada dua bahagian, bahagian pertama akan mengetengahkan maestro British, Mark Wigglesworth yang akan mengetuai MPO untuk mempersembahkan Konserto Biola Mendelssohn dalam E minor, sebuah karya yang terkenal dengan kehalusan dan keanggunannya.

Ditulis pada sekitar tahun 1838 hingga 1844, konserto itu merupakan karya utama terakhir bagi komposer tersebut.

Ia dipersembahkan pada tahun 1845 dan mengandungi nukilan romantik yang dizahirkan dalam sebuah karya fantasi puitis.

Sementara itu, bagi sesi kedua, MPO akan mempersembahkan Symphony No.1 Mahler dalam D yang melambangkan pencapaian tertinggi dalam pemikiran simfoni.

Digelar Titan, karya itu terdiri daripada sekumpulan besar pemuzik orkestra yang menggabungkan muzik pop, gipsi dan kafe dengan evokasi alam yang meluas.

Konsert itu juga akan menyaksikan debut pemain biola, Grace Clifford yang bakal beraksi di pentas Dewan Filharmonik Petronas.

Beliau sebelum ini terlibat dalam program Rising Stars di Sydney Conservatorium of Music dan dianugerahkan beberapa pengiktirafan di peringkat antarabangsa termasuk ABC Symphony Australia Young Performer pada tahun 2014.

Clifford akan mempersembahkan konserto biola Mendelssohn seperti yang telah dipersembahkannya bersama dengan Adelaide Symphony pada tahun 2018.

Persembahan tersebut mendapat pujian daripada Limelight Magazine yang menulis: “Persembahan Clifford membuktikan skil dan visi telah menjadikannya sebagai salah seorang daripada pemain biola terbaik Australia.”

Maklumat lanjut mengenai konsert biola ini boleh didapatkan di http://mpo.com.my/29-voice-of-nature-titan-symphony/, manakala prebiu latihan boleh dilihat di laman Facebook MPO.

 

Butiran Konsert

Tarikh

Sabtu, 15 Jun 2019, 8.30PM

Ahad, 16 Jun 2019, 3.00PM

 

Tempat

Dewan Filharmonik Petronas, Menara Berkembar Petronas

 

Orkestra/ Konduktor/ Pemain Solo

Malaysian Philharmonic Orchestra

Mark Wigglesworth, Konduktor

Grace Clifford, Pemain Biola

 

Harga Tiket

Premium: RM141, A Reserve: RM113, B Reserve: RM84, C Reserve: RM56

 

Waktu Box Office

Setiap Selasa hingga Setiap Sabtu: 9.30AM – 4.30PM

Setiap Ahad:12.30PM – 3.00PM

 

Untuk Tempahan

Telefon: 03-2331 7007

Email: [email protected]

Laman web MPO: www.mpo.com.my

Facebook: fb.mpo.com.my

Instagram: @malaysianphilharmonicorchestra

Foto: Dewan Filharmonik Petronas/MPO

Terdiri daripada dua bahagian, bahagian pertama akan mengetengahkan maestro British, Mark Wigglesworth yang akan mengetuai MPO untuk mempersembahkan Konserto Biola Mendelssohn dalam E minor, sebuah karya yang terkenal dengan kehalusan dan keanggunannya.

Similar Articles

‘Eudaimonia’ Refleksi Peribadi Bono Stellar

By Nor Syariza Tahir
April 26, 2019

Aizat Amdan Pembuka Tirai Konsert Jason Mraz

By Helmi Anuar
Mei 6, 2019