Roti Jala Sardin Untuk Raikan Tetamu

Jun 16, 2019
By Rahayu Mat Nah

Syawal masih lagi berbaki. Selain mengadakan rumah terbuka untuk meraikan teman-teman dan kenalan, pasti ada juga yang merancang mengadakan potluck Raya untuk mengeratkan silaturrahim.

Jika tidak tahu apa hidangan yang ingin disediakan, apa kata buat resipi yang disediakan oleh Ayam Brand ini, Roti Jala Sardin.

Selain mudah dan jimat masa, kos untuk bahan-bahan juga tidak terlalu mahal. Jom semak resipi dan cara-cara membuatnya :-

Bahan-bahan :

250 gram tepung

250 ml air

4 biji telur, dipukul

1 ½ sudu teh garam

½ sudu teh serbuk kunyit

200 ml Santan Ayam Brand

1 tin sardin dalam sos tomato Ayam Brand 425 gram, dihancurkan

Minyak Masak Kelapa Ayam Brand (secukupnya)

Cara penyediaan :

1) Campurkan santan, air dan telur di dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati.

2) Dalam mangkuk yang lain, tambahkan tepung dan garam yang telah ditapis.

3) Tuang ke dalam campuran santan dan masukkan serbuk kunyit dan kacau.

4) Panaskan kuali dengan sedikit minyak masak kelapa.

5) Tuang adunan ke dalam bekas acuan roti jala. Tebar acuan atas kuali dan buat bentuk seakan-akan jala.

6) Setelah roti jala siap dimasak. Alihkan dari kuali dan ulangi langkah 5 sehingga habis adunan.

7) Di atas permukaan rata, letakkan 2 sudu sardin yang telah dihancurkan ke atas roti jala dan gulungkannya.

Selamat mencuba!

Kredit foto : Ayam Brand

Similar Articles

Resipi Ramadan : Mi Kari Istimewa Untuk Berbuka Puasa

By Rahayu Mat Nah
Mei 16, 2019

Resipi Ramadan – Tauhu Isi Ranjau

By Rahayu Mat Nah
Mei 29, 2019

Puding Roti Santan dan Mentega Kukus Untuk Buka Puasa

By Rahayu Mat Nah
Mei 17, 2019