Resipi Ramadan – Tauhu Isi Ranjau

Mei 29, 2019
By Rahayu Mat Nah

Tauhu isi kini semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia. Makanan yang berasal dari Indonesia ini sesuai dijadikan menu sarapan pagi, mahupun minum petang.

Sempena Ramadan ini, ramai juga peniaga bazar Ramadan yang menjual menu kegemaran ramai ini.

Bagi yang ingin mencuba menyediakan menu ini sendiri, apa kata ikut resipi yang disediakan oleh Mercure Jakarta Cikini di bawah. Saiz hidangan untuk ini cukup untuk seorang atau berdua.

Bahan-bahan

250 gram Tauhu Goreng

100 gram kobis yang dihiris

100 gram lobak merah yang diricih

100 gram daun kucai yang dihiris

80 gram cendawan yang dihiris

30 gram lada hijau yang dihiris

100 gram taugeh

40 gram kuib pati ayam

40 gram garam

100 ml minyak masak

Tepung goreng (semua bahan-bahan digaul bersama)

200 gram tepung gandum

30 gram serbuk kunyit

30 gram garam

30 gram serbuk ketumbar

300 ml air putih

30 gram serbuk lada

Cara membuatnya :

1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan masukkan kesemua sayur-sayuran. Goreng sehingga masak dan tambahkan perisa.

2. Belah tauhu goreng di bahagian atas dan masukkan beberapa sudu sayuran yang sudah dimasak bersama cili hijau yang telah dihiris.

3. Masukkan tauhu isi ke dalam adunan tepung yang telah disediakan.

4. Akhir sekali, panaskan minyak masak untuk menggoreng tauhu isi sehingga berwarna keperang-perangan.

Selamat mencuba!

Kredit foto : Rahayu Mat Nah