Resipi Piza Roti Mudah Untuk Disediakan

Julai 11, 2019
By Nor Syariza Tahir

Adakah anda seorang penggemar piza yang sering ‘mengidam’ untuk menikmati makanan tersebut tanpa mengira masa?

Tidak dapat dinafikan harga bagi sekeping piza bukanlah murah. Tambahan lagi jika anda terasa ingin menikmatinya ketika poket hampir kering pada pertengahan bulan.

Kini, anda tidak perlu khuatir lagi kerana SalamToday ingin berkongsi resipi mudah membuat piza hanya dengan menggunakan roti Gardenia.

Resipi yang dikongsi menerusi laman Facebook; Resipi Masakan Ayam dengan sedikit olahan ini sesuai disediakan dalam apa jua kuantiti, untuk hidangan seorang atau untuk seisi keluarga dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah.

Selamat mencuba!

 

Bahan-bahan:

Roti Gardenia                                                              Kuantiti mengikut pilihan sendiri

Keju mozzarella                                                          Mengikut sukatan kuantiti roti

Sosej                                                                             Dicelur dan dipotong

Cendawan                                                                   Potong kecil dan celur

Sos spageti bolognese                                              Jika tiada, boleh menggunakan sos cili

Bawang merah                                                            Dipotong kecil

Cili benggala                                                                Dipotong kecil

Serbuk daun oregano

 

Cara-cara membuat:

1. Sapu roti dengan sos spageti atau sos cili.

2. Kemudian, susun semua bahan yang telah dipotong tadi di atas roti.

3. Taburkan keju di atas bahan-bahan yang disusun dan taburkan serbuk daun oregano.

4. Bakar dalam ketuhar atau kuali dengan api sederhana.

5. Piza Roti Gardenia sedia untuk dimakan.

 

Foto: Resipi Masakan Ayam

Adakah anda seorang penggemar piza yang sering ‘mengidam’ untuk menikmati makanan tersebut tanpa mengira masa?

Similar Articles

Resipi Ramadan – Tauhu Isi Ranjau

By Rahayu Mat Nah
Mei 29, 2019

Resipi Ramadan: Sosej Roll California Raisins dengan Rempah Masala

By Nor Syariza Tahir
Mei 15, 2019