Resipi Kombo Makanan Laut Ala Shell Out

Oktober 4, 2019
By Nor Syariza Tahir

Pasti ramai daripada kita yang menggemari hidangan ala shell out yang pernah menjadi popular tidak lama dahulu.

Hidangan makanan laut yang dicampur dengan sayur-sayuran itu bukan sahaja menyelerakan untuk diratah, malahan ia boleh dinikmati secara berkongsi dengan beberapa orang kerana kuantitinya yang banyak.

Jika ada yang teringin untuk menikmati hidangan tersebut, anda tidak perlu lagi mencari restoran yang menghidangkannya kerana menu itu amat mudah untuk disediakan.

Di sini, kami berkongsi dengan anda cara-cara untuk menyediakan Kombo Makanan Laut Ala Shell Out untuk hidangan yang boleh dinikmati oleh 10 orang.

Selain bahan-bahan makanan laut dan sayur-sayuran yang dinyatakan di bawah, anda bebas untuk menambah mana-mana sayuran atau makanan laut kegemaran anda yang dirasakan sesuai.

 

Bahan-bahan Sambal:

Minyak jagung                 1/3 cawan

Bahan A:

Cili kering                          50gm

Bawang besar (dikisar)  200gm

Bawang putih                  20gm

Halia                                  20gm

Air                                      1/3 cawan

 

Bahan B:

Serai (diketuk)                 2 batang

Daun kari                          2 tangkai

Serbuk kari ikan (ditambah 2 sudu besar air)       4 sudu besar

Sos tiram MAGGI            3 sudu besar

Sos ikan                             ¼ cawan

Asam keping                    3 keping

Perahan jus lemon          1 biji

Gula                                   2 sudu besar

Air (untuk lebih berkuah)            100ml

 

Makanan laut dan sayur:

Ketam (dicuci dan dikerat)                          3 ekor

Udang (dicuci tanpa dibuang kulit)            300gm

Kepah (dicuci)                                                100gm

Sotong (dicuci dan dihiris)                           150gm

Brokoli (dipotong)                                         200gm

Jagung (dikerat 3)                                         2 tongkol

Lobak merah (dihiris)                                   200gm

 

Cara Memasak:

  1. Panaskan minyak, tumis Bahan A sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan serai, daun kari, serbuk kari yang telah dicampur air, Sos Tiram MAGGI®, sos ikan dan jus lemon.
  3. Tuang air dan kacau.
  4. Didihkan air dalam periuk besar, celur makanan laut dan sayur hingga empuk.
  5. Cedok 1 cawan air stok dan campurkan ke dalam kuah.
  6. Kaut keluar makanan laut dan sayur.
  7. Tuang kuah ke dalam makanan laut dan sayur, gaulkan.
  8. Sedia dihidang dengan roti pita atau nasi jagung.

 

Sumber: maggi.com.my

 

Di sini, kami berkongsi dengan anda cara-cara untuk menyediakan Kombo Makanan Laut Ala Shell Out untuk hidangan yang boleh dinikmati oleh 10 orang.

Similar Articles

Resipi Ayam Golek Chef Anis Nabilah

By Rahayu Mat Nah
September 20, 2019

Resipi Ramadan: Kari Makanan Laut Dengan Ginseng Merah Korea

By Nor Syariza Tahir
Mei 8, 2019