Resipi Ayam Percik Limau Purut Madu

September 17, 2019
By Rahayu Mat Nah

Siapa yang tidak gemarkan Ayam Percik? Menu popular di musim perayaan ini cukup membuka selera kerana paduan rempah-ratusnya yang istmewa.

Bagi anda yang mahu menyediakan menu Ayam Percik sendiri di rumah, apa kata anda cuba resipi yang disediakan oleh Chef  Selebriti, Dato’ Fazley Yaakob ini. Pasti tidak mengecewakan.

 

Bahan-bahan:

2 peha ayam

10 biji bawang kecil

5 ulas bawang putih

2 inci halia

1 sudu besar cili giling

1 batang serai

2 sudu kecil serbuk kunyit

1 sudu besar gula melaka

 

Untuk kuah:

1 cawan santan cair

1 cawan ‘cooking cream’

15 biji bawang merah

2 sudu besar cili giling

2 sudu teh serbuk kunyit

1 sudu teh serbuk cili

3 inci halia

1 batang serai

1 limau nipis

1 sudu besar gula melaka

1 sudu besar udang geragau

4 lembar daun limau purut

1 sudu teh madu

 

Cara-cara:

1) Kisar bahan- bahan untuk perapan ayam, Perap ayam selama 30 minit. Kemudian, panggang atau bakar ayam di dalam ketuhar.

2) Sementara ayam dibakar teruskan membuat kuah percik, kisar bawang merah, halia, masukkan air limau nipis serta serai bersama sedikit air.

3) Masukkan ke dalam pot atau kuali, masak bersama serbuk kunyit, udang geragau dan cili giling. Kemudian masukkan santan dan ‘cooking cream’ serta daun limau purut.

4) Setelah masak masukkan gula melaka dan madu.

 

Kredit foto : SukaSucre Studio

Similar Articles