Resepi Soto Mudah & Enak Untuk Hidangan Rumah Terbuka

Jun 11, 2019
By Helmi Anuar

Sepanjang bulan Syawal ini, pasti ramai yang bercadang untuk membuat rumah terbuka. Tidak kisahlah berskala kecil atau besar, kadang-kadang pening kepala juga memikirkan juadah apa untuk dihidangkan kepada para tetamu.

Jangan risau, mari SalamToday kongsikan resepi Soto yang ringkas tetapi sedap. Tetamu pasti bertambah kalau makan soto ini.

 

Bahan-Bahan (Kuah Soto)

6-8 ketul ayam bersaiz besar

6-8 sudu besar rempah soto

8-10 biji bawang merah

3-5 biji bawang putih

2 inci halia

3 batang serai

2 kiub pati ayam

Rempah tumis empat sekawan

Lada sulah

Lada hitam

Batang daun sup dan daun bawang

Minyak untuk menumis

 

Cara – Cara

Kisar bawang merah, bawang putih dan halia.

Panaskan minyak di dalam periuk dan tumis rempah empah sekawan bersama serai dan halia yang dititik. Jika suka boleh masukkan bawang merah yang dihiris.

Selepas naik bau masukkan bahan kisar.Tumis sehingga kekuningan kemudian masukkan rempah soto yang telah dibancuh bersama air.Masukkan sedikit air dan kacau rempah sehingga sebati dan pecah minyak.

Masukkan ayam dan sedikit air dan biar sebentar sehingga ayam sebati dengan rempah. Kemudian masukkan air mengikut kepekatan yang diinginkan.

Biar sebentar sebelum masukkan pati ayam.

Masukkan batang daun sup dan daun bawang. Kemudian perasakan dengan lada sulah, lada hitam, garam dan gula secukupnya.

Tutup periuk dan biarkan ia mereneh dalam api yang perlahan. Apabila sudah mendidih bolehlah keluarkan ayam untuk dicarik isinya.

Tidak lengkap rasanya andai makan Soto tidak disertakan sekali dengan bergedil. Jangan risau SalamToday akan kongsikan juga resepi untuk menyediakan bergedil.

Bahan- Bahan Bergedil

10 biji ubi kentang

200 gram daging kisar

Daun sup & daun bawang

1 biji bawang besar dipotong dadu

Bawang goreng

2 biji kuning telur

Lada sulah

Garam

Minyak untuk menggoreng

 

Cara-cara Penyediaan

Potong kentang nipis-nipis dan gorengkan.

Selepas goreng terus ditumbuk menggunakan lesung batu sewaktu kentang masih panas.

Goreng daging kisar dalam kuali yang sama.

Dalam satu bekas masukkan kentang, daging kisar, bawang goreng, bawang besar, daun sup dan gaul sehingga sebati.

Kemudian masukkan dua biji telur kuning, lada sulah dan garam secukup rasa.

Kepal bergedil sebesar duit syiling 50 sen.

Panaskan kuali leper, masukkan minyak tetapi tidak terlalu banyak. Agak-agak sehingga tenggelam setengah daripada bergedil.

Salutkan bergedil dengan telur putih dan goreng dalam kuali dengan api yang perlahan supaya bergedil tidak mudah hangit.

Apabila sudah garing bolehlah diangkat dan diletakkan di dalam bekas yang bertisu.

 

Resepi Sambal Kicap

Bahan-Bahan

Segenggam Cili Padi

1 cawan kicap

3 ulas bawang putih

2 sudu gula

1 sudu cuka

 

Cara-cara

Kisar cili padi bersama bawang putih dan kicap.

Panaskan kuali dan masak bahan-bahan yang dikisar tadi.

Masukkan cuka dan gula.

Apabila kesemua bahan ini telah siap, bolehlah dimakan bersama nasi himpit atau bihun mahupun mi kuning. Selamat mencuba.

Similar Articles

Jom Buat Biskut Cornflakes Kelapa

By Rahayu Mat Nah
Jun 4, 2019

Minuman Berasaskan Teh Pembuka Selera Syawal

By Nor Syariza Tahir
Jun 1, 2019

Nasi Goreng Ikan Masin Pembuka Selera Waktu Sahur

By Helmi Anuar
April 29, 2019

Puding Roti Santan dan Mentega Kukus Untuk Buka Puasa

By Rahayu Mat Nah
Mei 17, 2019

Resipi Ramadan – Tauhu Isi Ranjau

By Rahayu Mat Nah
Mei 29, 2019

Resipi Ramadan : Mi Kari Istimewa Untuk Berbuka Puasa

By Rahayu Mat Nah
Mei 16, 2019

Resipi Ramadan: Kari Makanan Laut Dengan Ginseng Merah Korea

By Nor Syariza Tahir
Mei 8, 2019

Resipi Ramadan: Sosej Roll California Raisins dengan Rempah Masala

By Nor Syariza Tahir
Mei 15, 2019