Resepi Minuman Istimewa ‘Tom Yam Cola’

September 13, 2019
By Helmi Anuar

Jika sebut tentang tom yam pasti anda akan terbayang rasa kuah yang pedas dan masam dimakan sewaktu panas. Namun tahukah anda tom yam juga boleh dijadikan minuman.

Namun minuman ini tidaklah menggunakan pes tom yam seperti yang kita selalu nikmati. Tetapi hanya menggunakan beberapa bahan yang terdapat di dalam tom yam yang dicampur bersama minuman berperisa kola.

SalamToday kongsikan resepi ‘Tom Yam Cola’ yang pasti membuatkan anda rasa lain dari yang lain.

Bahan-bahan ; 

200ml air minuman berperisa kola
1-2 sudu besar air limau nipis
1/4 sudu teh cili merah atau cili padi (dihiris)
2 helai daun ketumbar
1 helai daun limau purut (dicarik)
1 batang daun serai
secubit garam
beberapa ketulan ais

Cara-cara penyediaan ;

1. Masukkan air limau nipis, cili merah, daun ketumbar, daun limau purut, garam dan ais ke dalam sebuah gelas besar.
2. Tuang air kola ke dalam gelas berisi bahan-bahan tadi.
3. Kacau dengan daun serai.
4. Hias dengan beberapa helai daun ketumbar, potongan cili, limau nipis atau daun serai.

 

Sumber : www.yunfila.com

Similar Articles