Resepi ‘Maggi Goreng’ Rasa Seperti Di Kedai

Julai 5, 2019
By Helmi Anuar

‘Maggi Goreng’ adalah antara makanan kegemaran rakyat Malaysia terutamanya jika yang suka melepak di kedai mamak, Maggi goreng pasti antara menu wajib dipesan.

Tapi kadang-kala kita teringin nak makan ‘Maggi Goreng’ di rumah tetapi mahukan rasa seperti makan di warung atau kedai mamak. Namun yang menjadi masalahnya bila kita tidak tahu bagaimana mahu memasak ‘Maggi Goreng’ yang sama rasanya seperti di beli di kedai.

Ayuh SalamToday kongsikan resepi ‘Maggi Goreng’ yang sama rasanya seperti di kedai yang anda boleh masak sendiri di rumah. Jadi tak perlulah nak lepak di kedai mamak sampai pukul 3 pagi.

 

Bahan-bahan:

2 paket Maggi perencah kari

Bawang, bawang putih & cili dihiris

3 sudu besar sos cili

2 sudu besar sos tomato

1 sudu besar kicap manis

hirisan ayam yang direbus

2 biji telur mata kerbau

Sayur sawi, kobis dan tauhu goreng

 

Cara-cara:

Rebus atau rendam mee segera dalam air panas sehingga masak.

Tumis bawang, bawang putih, cili dan ayam.

Masukkan sos cili, sos tomato dan kicap.

Masukkan mee segera dan kacau sebati, kemudian masukkan sayur dan tauhu goreng.

Akhir sekali masukkan perencah kari untuk menambah rasa.

Setelah siap hidangkan bersama telur goreng mata kerbau.

 

Tonton video ini untuk tutorial memasak:

 

Sumber : Youtube Big Bite Channel

 

Similar Articles