Resepi Daging Goreng Kunyit Mudah & Sedap

Ogos 13, 2019
By Helmi Anuar

SalamToday pasti sekarang ini pasti stok daging korban sedang banyak di peti sejuk rumah anda bukan? Maklumlah ramai yang melakukan ibadah korban sempena  sambutan Hari Raya Aidiladha.

Pasti pening juga kepala hendak masak menu apa bukan? Jangan risau, apa kata anda cuba menu daging ringkas ini yang pasti menjadi kegemaran ramai iaitu Daging Goreng Kunyit.

Bahan Bahan

Daging yang dihiris nipis

2 biji bawang besar

3 ulas bawang putih

2 biji cili hijau dan merah dihiris

5 batang kacang buncis

2 sudu serbuk kunyit

Garam & gula

Minyak masak

 

Cara Cara

Masukkan daging ke dalam kuali bersama serbuk kunyit. Tidak perlu masukkan minyak dahulu.

Kacau sebati sehingga daging empuk. Kalau belum empuk boleh tambah air panas kemudian masak sampai air kering.

Masukkan 3-4 sudu minyak dan masak sehingga kelihatan garing sedikit kemudian masukkan garam dan gula.

Apabila daging sudah garing, masukkan bawang besar, bawang putih dan akhir sekali masukkan kacang buncis dan gaul sebati.

Apabila sudah masak boleh lah dihidang bersama nasi panas.

 

Sumber : Facebook HasnieZa Nor

 

 

 

Similar Articles

Pizza Hut Perkenal Piza Durian Berkeju

By Nor Syariza Tahir
Ogos 10, 2019

Resepi ‘Maggi Goreng’ Rasa Seperti Di Kedai

By Helmi Anuar
Julai 5, 2019

Gulai Udang Masak Kunyit Menyelerakan Dari Ayam Brand

By Rahayu Mat Nah
Jun 24, 2019

Jom Buat Biskut Cornflakes Kelapa

By Rahayu Mat Nah
Jun 4, 2019

Nasi Goreng Ikan Masin Pembuka Selera Waktu Sahur

By Helmi Anuar
April 29, 2019