Proton X70 Edisi Merdeka Hanya Ada 62 Unit

Ogos 19, 2019
By Rahayu Mat Nah

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke 62 tahun ini, Proton memperkenalkan Proton X70 Edisi  Merdeka yang berharga RM126,100.

Didatangkan secara ekslusif pada model Proton X70 varian premium, edisi merdeka ini cukup terhad memandangkan hanya 62 unit Proton X70 EM yang ditawarkan. Terdapat dua warna pilihan iaitu putih (snow white) atau merah (flame red).

Secara mekanikal, Proton X70 EM ini mempunyai ciri-ciri yang sama pada varian Premium SUV sedia ada. Perbezaan yang dilakukan adalah pada rekaan luar dan beberapa tambahan pada bahagian dalam.

Pada bahagian luar, bumbung dan bahagian A-pillar telah diwarnakan dengan cat yang dikenali sebagai Quartz Black.

Visor pintu turut dipasang di sekeliling kereta bersama plat pelindung (scuff plate) di bampar belakang dan bagi melengkapkan sentuhan akhir, lambang atau emblem ‘Merdeka Edition’ telah diletakkan.

Di bahagian dalam pula, Proton turut menggantikan alas kaki baharu, pelapik but belakang dan lambang Edisi Merdeka bernombor khas untuk menjadikan setiap unit model ini unik.

Kerusi dengan kulit Nappa dan bumbung kaca serta Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) yang terdapat pada varian premium sedia ada turut dilengkapkan pada model EM ini.

Pada majlis pelancarannya di salah sebuah cawangan pengedarnya baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr. Li Chunrong memberitahu, pihaknya yakin edisi Merdeka ini akan mendapat sambutan yang baik memandangkan permintaan tinggi terhadap model ini.

“Proton X70 Edisi Merdeka ini merupakan hasrat Proton yang ingin meraikan ulang tahun kemerdekaan Malaysia. Kami amat berterima kasih di atas sokongan daripada pelanggan dan kerajaan Malaysia terhadap Proton.

Jadi melalui pengeluaran model Proton X70 edisi khas ini adalah cara Syarikat menunjukkan penghargaan kepada semua rakyat Malaysia,” tambah Dr Li Chunrong.

Kredit foto : Proton Holdings Berhad

Similar Articles

Proton X70 Kekal Juara SUV

By Rahayu Mat Nah
Julai 4, 2019