Promosi Dan Acara Unik Sempena Hari Malaysia

September 13, 2019
By Nor Syariza Tahir

Hari Malaysia bakal disambut pada hari Isnin, 16 September 2019.

Bersempena dengan kedatangan hari pembentukan negara Malaysia itu, pelbagai acara berlangsung di seluruh negara bagi meraikan hari yang penuh bersejarah buat tanah air kita.

Tidak terkecuali adalah syarikat-syarikat korporat dan jenama-jenama runcit terkenal yang turut mengadakan pelbagai promosi dan acara dalam cara unik masing-masing sebagai usaha untuk sama-sama menyemarakkan perasan cinta akan negara.

Berikut kami senaraikan antara jenama dan organisasi korporat yang turut serta memeriahkan lagi sambutan Hari Malaysia dengan cara masing-masing.

 

Airasia

Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia menerusi AirAsia Foundation dengan kerjasama REXKL akan menganjurkan festival percuma Made-in-Malaysia dari 14 hingga 15 September 2019.

Bertempat di REXKL, di tengah-tengah lokasi bersejarah Kuala Lumpur, festival tersebut akan mengetengahkan pelbagai tarikan kebudayaan Malaysia sebagai satu wadah tumpuan.

Lebih daripada 20 aktiviti unik yang menarik akan dijalankan termasuk bengkel tarian singa kanak-kanak, kelas seni mempertahankan diri, kelas kaligrafi dan kelas masakan juadah tempatan.

Selain itu, terdapat juga aktiviti bersama Duta Makanan Pelancongan Malaysia Datuk (Dr.) Cef Wan serta pengarah filem Tan Yew Leong, ahli muzik dan komposer Pete Teo, serta pengarah filem dokumentari Indrani Kopal.

Bukan sekadar acara hujung minggu, festival Made-in-Malaysia bertujuan untuk menyemarakkan semangat perpaduan di kalangan rakyat Malaysia serta mempamerkan negara kita yang berbilang kaum sebagai tarikan yang pelbagai kepada para pelancong.

REXKL, yang berlokasi di 80 Jalan Sultan, Kuala Lumpur, merupakan sebuah bangunan ikonik yang dikenali sebagai Pawagam Rex, kini telah diubahsuai menjadi sebuah hab kreatif dan keusahawanan pelbagai budaya.

Ia juga merupakan hab AirAsia Foundation Destination: GOOD, sebuah butik yang mengetengahkan lebih 400 jenis barangan yang dihasilkan secara beretika daripada lebih 30 buah perusahaan sosial di rantau Asean.

 

KFC Malaysia

KFC Malaysia baru-baru ini melancarkan koleksi 11 Finger Lickin’ Good Goods, selepas mengumumkan kerjasama dengan jenama streetwear terkenal tempatan, Pestle & Mortar Clothing (PMC), yang menampilkan pakaian eksklusif yang meraikan sejarah penubuhan KFC di Malaysia.

Mula dijual pada awal September lepas di laman web Pestle & Mortar Clothing dan di butik Major Drop, Sunway Pyramid, koleksi eksklusif KFC x PMC ini menampilkan 11 rekaan streetwear yang diolah daripada konsep 11 herba dan rempah rahsia Colonel Sanders.

Mengambil gaya seni Malaysia dan bahasa tempatan yang unik, PMC mengolah penceritaan asal-usul KFC Malaysia di setiap rekaan pakaian dengan sentuhan gaya streetwear kontemporari.

Koleksi ini merangkumi kemeja-t bercorak grafik, kemeja ‘bowling’ bercetakan penuh, jaket bomber bersama grafik, serta aksesori seperti topi ‘bucket’ reversible dan beg tote.

Jualan daripada kempen ini akan disalurkan kepada Add Hope Malaysia, sebuah inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) KFC yang bermatlamat bagi membanteras kebuluran.

Koleksi penuh boleh dilihat di kfc.com.my/pestlemortarclothing.

 

Wonda Coffee

Jenama kopi Ready-To-Drink kegemaran ramai, Wonda Coffee memperkenalkan tiga rekaan tin minuman unik yang memaparkan ciri-ciri kebudayaan tiga negeri di Malaysia iaitu Sarawak, Perak dan Melaka.

Ia mengetengahkan ilustrasi yang berbeza mengikut kebudayaan dan mercu tanda negeri-negeri tersebut beserta perisa kopi yang berbeza.

Misalnya, Kopi Edisi Sarawak merupakan kopi original dengan sedikit rasa pahit, Kopi Edisi Perak mempunyai rasa caramel, dan Kopi Edisi Melaka diperbuat daripada kopi dipanggang sederhana.

Kesemua kopi tersebut merupakan kopi susu yang diperbuat dengan biji kopi premium Wonda Coffee yang menjanjikan “rasa seperti baru dibru”.

Pada acara jelajah Ola Merdeka di Kuching, Sarawak yang diadakan baru-baru ini, Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah melancarkan rekaan tin minuman yang memaparkan ciri-ciri kebudayaan negeri Sarawak.

Mengetengahkan ilustrasi  burung enggang dan karya seni yang mewakili pelbagai suku kaum di Sarawak, ia menggambarkan kepelbagaian lokasi menarik, citarasa dan kebudayaan masyarakat Malaysia Timur, terutamanya Sarawak.

Tawaran tempoh masa terhad itu kini boleh dikumpul oleh para peminat yang gemar mengumpul tin minuman.

 

Uniqlo

Jenama fesyen terkenal dari Jepun, Uniqlo bekerjasama dengan Bingka KL untuk mengeluarkan sticker bertema makanan tempatan pada hari Jumaat, 13 September 2019 bagi meraikan Hari Malaysia.

Pengumuman yang dibuat menerusi Instagram Uniqlo itu memberi ‘teaser’ kepada orang ramai mengenai sticker ‘lazat’ yang dicetak pada helaian pakainnya.

Dan ternyata, tekaan rata-rata pengguna laman sosial adalah tepat kerana pada 13 September, Uniqlo mengumumkan bahawa sticker tersebut boleh direka mengikut kehendak pelanggan (customize) untuk baju-T kapas organik (UTme) dan beg tote.

Menurut akhbar Malay Mail, terdapat enam ilustrasi unik bagi makanan-makanan ikonik di seluruh negara dalam siri sticker itu seperti teh tarik, teh ‘kaw’ halia Bentong, aiskrim potong, mee bandung, keropok lekor, nasi lemak, kek lapis dan jus buah kedondong.

Sticker Uniqlo x Bingka KL hanya boleh didapati di Uniqlo cawangan Fahrenheit 88, Bukit Bintang Kuala Lumpur.

 

Foto: AirAsia, Wonda Coffee, KFC Malaysia, Instagram Uniqlo Malaysia

 

 

 

 

 

Tidak terkecuali adalah syarikat-syarikat korporat dan jenama-jenama runcit terkenal yang turut mengadakan pelbagai promosi dan acara dalam cara unik masing-masing sebagai usaha untuk sama-sama menyemarakkan perasan cinta akan negara.

Similar Articles

Kempen Kemerdekaan AirAsia Tampilkan Tun M Dan Pak Samad

By Nor Syariza Tahir
Ogos 30, 2019

Selamat Hari Kopi Wonda Antarabangsa!

By Nor Syariza Tahir
Ogos 28, 2019

Tak Perlu Bawa Wang Untuk Membeli KFC

By Nor Syariza Tahir
Mei 16, 2019