Pizza Hut Perkenal Piza Durian Berkeju

Ogos 10, 2019
By Nor Syariza Tahir

Buat peminat durian di luar sana yang gemar menikmati keenakan raja buah tersebut dalam pelbagai cara, kini anda boleh merasai keunikan rasa piza durian berkeju!

Ini kerana Pizza Hut Malaysia memperkenalkan ciptaan terbaharunya yang menggabungkan kelazatan rasa keju dan keenakan durian menerusi hidangan promosi Durian Cheese Pizza.

Penyatuan gastronomi paling unik itu adalah bagi meraikan semangat warga Malaysia dengan mengambil inspirasi daripada kecintaan dan minat mereka terhadap durian serta keghairahan terhadap hidangan berkeju.

“Pizza Hut Malaysia sentiasa berbangga menjadi jenama yang menghubungkan orang ramai menerusi keenakan pizanya dan detik-detik istimewa yang dikongsi bersama.

“Kami sentiasa percaya bahawa minat dan kecintaan yang mendalam akan menjadikan segalanya lebih istimewa.

Durian Cheese Pizza mengetengahkan kesungguhan kami untuk mengukir senyuman dan mewujudkan kebersamaan menerusi detik-detik perkongsian piza, dengan mengolah dan mengangkat dua perisa yang amat dekat di hati rakyat Malaysia,” ujar Ketua Pizza Hut Malaysia, Loi Liang Tok.

Durian Cheese Pizza akan membawa anda ke sebuah pengembaraan enak, di mana deria rasa anda bakal merasai kombinasi rasa durian, keju dan piza.

Dengan letusan rasa berkrim durian dalam setiap gigitan, ia akan membuatkan anda berasa sedap tak terkata.

Durian Cheese Pizza boleh didapati secara ala carte dan pilihan kombo di kesemua rangkaian restoran Pizza Hut serta konsep penghantaran seluruh negara bermula 9 Ogos hingga 30 September 2019, sementara stok masih ada.

Foto: Pizza Hut Malaysia

Durian Cheese Pizza akan membawa anda ke sebuah pengembaraan enak, di mana deria rasa anda bakal merasai kombinasi rasa durian, keju dan piza.

Similar Articles

Resipi Piza Roti Mudah Untuk Disediakan

By Nor Syariza Tahir
Julai 11, 2019

KFC Green Chili Crunch Untuk Peminat Ayam Goreng KFC

By Nor Syariza Tahir
Julai 19, 2019