Persembahan Memukau Muzik Klasik Russia Dan Perancis Di MPO

Oktober 8, 2019
By Nor Syariza Tahir

Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) bakal memukau penonton dengan persembahan klasik hasil gubahan komposer dari Russia dan Perancis pada 11 dan 12 Oktober 2019 ini bertempat di Dewan Filharmonik Petronas (DFP).

Persembahan tersebut juga akan menyaksikan kerjasama antara MPO dengan Malaysian Philharmonic Youth Orchestra (MPYO) bagi memberikan penonton pengalaman muzikal yang menghiburkan.

Bakal diterajui oleh Naohisa Furusawa, konserto itu akan dimulakan dengan persembahan klasik berdasarkan sebuah lagenda popular Eropah, Night on Bald Mountain yang digubah oleh Mussorgsky.

Dikenali sebagai satu-satunya karya orkestra signifikan komposer tersebut, lagu itu telah menjadi satu daripada nada puisi paling popular bagi repertori.

Turut terkandung dalam senarai adalah Symphony No. 5, yang dihasilkan oleh Prokofiev ketika era Perang Dunia Kedua.

Selain itu, konsert tersebut juga akan mengetengahkan pemain piano dari Malaysia, Dr. P’ng Tean Hwa, yang bakal mempersembahkan debut pertamanya di pentas DFP.

Profesor dan Pengarah Institut Muzik UCSI University itu merupakan seorang pemain piano solo dan kolaborasi, yang membuat persembahan dalam dan luar negara seperti di Indonesia, Thailand, Korea Selatan, Hungary dan Amerika Syarikat.

Dengan diiringi oleh MPO, beliau bakal mempersembahkan Ravel’s Concerto for The Left Hand, sebuah karya penghormatan untuk seorang pemain piano dari Austria yang kehilangan lengan kanannya ketika Perang Dunia Pertama.

Lagu tersebut dipersembahkan buat pertama kali di Vienna pada tahun 1932 oleh Vienna Symphony.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai konsert tersebut, sila layari http://mpo.com.my/41-ravel-concerto-for-the-left-hand/.

 

Tiket boleh ditempah menerusi:

Tempahan Telefon: 03-2331 7007

Tempahan Email: [email protected]

Laman web MPO: www.mpo.com.my

Facebook: fb.mpo.com.my

Instagram: @malaysianphilharmonicorchestra

 

Foto: DFP/MPO

Bakal diterajui oleh Naohisa Furusawa, konserto itu akan dimulakan dengan persembahan klasik berdasarkan sebuah lagenda popular Eropah, Night on Bald Mountain yang digubah oleh Mussorgsky.