Penginapan Strategik di Hua-Hin Grand Hotel & Plaza

Ogos 13, 2019
By Shah Shamshiri

Thailand merupakan salah satu negara destinasi percutian pulau yang paling popular di Asia Tenggara. Selain itu, ia juga mempunyai banyak kota dengan pantai-pantai indah. salah satunya adalah Hua Hin yang turut dikenali sebagai bandar percutian keluarga diraja Siam sejak dulu lagi. Dan kini ia menjadi pilihan buat mereka yang mencari ketenangan di tepi pantai serta sedikit hiburan sampingan.

Terkenal dengan pantai yang cantik , kota ini juga diwarnai dengan ratusan tempat-tempat penginapan yang menarik. Di antara hotel yang sesuai buat seisi keluarga di kawasan pusat bandar Hua Hin adalah Hua-Hin Grand Hotel & Plaza. Hotel yang ceria ini terletak sekitar 30 minit dari lapangan terbang antarabangsa Hua Hin dan sekitar beberapa minit sahaja dari tarikan lain seperti pasar Cicada, stesen keretapi Hua Hin serta kawasan pantai. Ia berada di tengah-tengah daerah pusat di antara semua tempat yang disebutkan tadi.

Kesemua unit penginapan hotel ini direka khas bagi menepati ciri-ciri pelancong masa kini. Terdapat pelbagai jenis bilik, termasuklah  yang diwujudkan bagi mereka yang berkeluarga dan mempunyai anak-anak. Setiap bilik dilengkapi sambungan internet wi-fi berkelajuan tinggi di samping TV LCD dengan aneka saluran antarabangsa dan lain-lain lagi. Bilik-bilik di hotel ini juga mempunyai hiasan dalaman yang mudah serta selesa.

Tersedia juga kolam renang untuk para tamu beriadah dan juga sebuah gimnasium kecil.

Soal menjamu selera pula terdapat sebuah restoran 24 jam di hotel ini. Ia terkenal dengan aneka sajian antarabangsa serta hidangan tempatan khas. Oleh kerana prihatin dengan tamu yang berbilang bangsa, makanan berasakan sayuran serta makanan laut sering tersedia dan diasingkan dengan makanan yang menggunakan daging atau berkandungan tidak halal.

Pendek kata, Hua-Hin Grand Hotel & Plaza hotel di Hua Hin ini mempunyai segala-galanya bagi mereka yang ingin bercuti dan bergembira bersama yang tersayang. Jadi pastikan ia menjadi salah satu hotel pilihan anda jika berwisata ke Hua Hin.

 

Gambar oleh Shah Shamshiri dan Hua-Hin Grand Hotel & Plaza

Similar Articles

Kandungan SalamToday boleh didapati dalam: