Pementasan Julung Kali ‘The Sleeping Beauty’ By St Petersburg Russian Ballet Di Malaysia

September 17, 2019
By Nor Syariza Tahir

Mungkin tidak ramai daripada kita yang menggemari talian balet.

Peminatnya ada, namun jumlahnya mungkin secara minoriti kerana ia memerlukan minat yang mendalam, pemahaman yang teliti serta kos yang agak tinggi.

Namun, jika terdapat sebuah pementasan tarian balet yang mengetengahkan kisah klasik popular,  dan dipersembahkan pula oleh sekumpulan penari hebat dan terlatih daripada organisasi balet terkenal di dunia seperti Theatre St Petersburg Russian Ballet, adakah anda sanggup melepaskan peluang untuk menyaksikannya begitu sahaja?

Jika jawapannya tidak, anda boleh menonton sebuah pementasan tarian balet yang bertajuk The Sleeping Beauty yang bakal dipentaskan di Dewan Plenary, Kuala Lumpur Convention Centre pada 11, 12 dan 13 Oktober 2019.

 

Dipersembahkan oleh 37 ballerina hebat dan terlatih dari Theatre St Petersburg Russian Ballet, pementasan tersebut akan mempamerkan bakat mereka dalam melaksanakan koreografi yang mencabar secara teknikal.

Ia juga akan dipentaskan dengan ritma tradisional klasik Rusia yang dipersembahkan dalam koreografi asal pementasan tersebut.

Untuk pengetahuan anda, kumpulan penari itu pernah mengadakan 250 pertunjukan yang diadakan setiap tahun di lebih 130 kota termasuk Finland, Belgium, Belanda, Jerman, Kanada, China dan Amerika Syarikat kepada lebih daripada 1 juta penonton!

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan pementasan luar biasa yang julung-julung kali diadakan di negara ini.

The Sleeping Beauty dibawakan oleh The Dance Company, sebuah organisasi tarian dari Malaysia yang membawakan persembahan-persembahan hebat seperti Swan Lake by Ballet West pada tahun lepas.

Ia turut disokong oleh agensi kerajaan seperti Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan sendiri, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara serta Lembaga Promosi Pelancongan Malaysia.

Tiket boleh dibeli di TicketCharge.

Selain itu, sebagai persediaan bagi Tahun Melawat Malaysia, ‘Truly Asia Malaysia 2020’, Theatre St Petersburg Russian Ballet juga telah memeterai perjanjian selama tiga tahu dengan The Dance Company untuk menyokong Malaysia bagi kempen tersebut.

Antara manfaat di bawah perjanjian tersebut adalah ia memberi peluang kepada Malaysia untuk menerima jemputan eksklusif bagi menyertai Russian Seasons, sebuah festival yang membuka platform baharu bagi persidangan dialog antarabangsa untuk membuktikan bahawa budaya boleh menjadi tunjang perpaduan kepada masyarakat.

 

Dalam rangka kerja projek tersebut, kemegahan, keaslian dan kemewahan budaya Rusia bakal dipersembahkan kepada orang awam di beberapa negara terpilih untuk tempoh sepanjang tahun.

Misalnya, pada tahun 2019, negara Jerman telah terpilih bagi kempen tersebut, dan Malaysia berkemungkinan terpilih untuk tahun 2020 atau 2021.

Foto: Ticket2u,  The Dance Company & Global Creative & Media Agency (GCMA)

Dipersembahkan oleh 37 ballerina hebat dan terlatih dari Theatre St Petersburg Russian Ballet, pementasan tersebut akan mempamerkan bakat mereka dalam melaksanakan koreografi yang mencabar secara teknikal.