Pembedahan Ainul Mardhiah Berjaya, Rakyat Malaysia Syukur & Sebak

Jun 12, 2019
By Helmi Anuar

Alhamdulillah, seluruh rakyat Malaysia memanjatkan kesyukuran apabila pembedahan adik Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang menghidap ‘Germ Cell Tumor’ telah berlangsung dengan selamat dan jayanya.

Perkara itu telah dikongsi di Instagram milik Dr. Amalina Che Bakri dengan kapsyen yang telah menyentuh hari jutaan rakyat Malaysia.

View this post on Instagram

Alhamdulillah, Ainul, you’re strong baby girl! 😭 After about 5 hours of battling in theatre, the tumour (weighed 200g) was successfully removed. You could not imagine how anxious I was, whilst in theatre. Such a tiny baby, so delicate, so beautiful — “don’t worry baby, everyone is here to help you”. Because it was such a high risk operation, a lot of preparations needed to be done to ensure that baby Ainul would be safe. A lot of planning, a lot of scans, a lot of meetings and a lot of patience. The team included surgeons from various specialties (including craniofacial, plastics and head and neck consultants) led by Prof David Dunway and Mr Juling Ong (also Malaysian-born). They’re very experienced in their own respective field. I was very honoured to be part of the surgical team. Thank you to everyone who made this possible, it was a team effort! Ainul is currently being monitored post-operatively and she’s stable. When I stepped out from theatre and saw Ainul’s parents, I couldn’t control my emotions. It was a mixed feeling, such an emotional journey and an uplifting experience at the same time. Ainul, Wani and Safi are like my own family. Let’s pray for Ainul’s recovery. Thank you for all your prayers. 🙏🏽 (Consent was given by Ainul’s parents for this story to be on IG) @_nrlerwani @ahmadsafiudinn

A post shared by Dr. Amalina (@dramalinabakri) on

Kata Dr Amalina dalam kapsyen yang ditulis beliau, setelah lima jam bertarung di bilik pembedahan, akhirnya tumor seberat 200 gram telah berjaya dikeluarkan. Katanya lagi, beliau sangat risau semasa berada di dalam bilik bedah untuk melakukan pembedahan ke atas adik Ainul Mardiah kerana ia merupakan pembedahan yang sangat berisiko tinggi.

Dr. Amalina turut berterima kasih kepada semua individu yang terlibat dalam proses untuk menyelamatkan adik Ainul Mardhiah. Tambahnya beliau sudah menganggap adik Ainul Mardiah dan ibu bapanya seperti keluarganya sendiri dan memohon supaya orang ramai mendoakan adik Ainul Mardiah segera sembuh.

Sementara itu, ibu kepada adik Ainul Mardhiah iaitu Nurul Erwani turut berkongsi foto terbaru anak kesayangan mereka selepas selesai menjalani pembedahan.

Kata Nurul Erwani dalam kapsyennya, beliau bersyukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya tumor di mulut anaknya berjaya dikeluarkan. Dia turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia di atas doa dan sumbangan yang diberikan.

Penderitaan adik Ainul Mardhiah telah mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia termasuklah Dr. Amalina Che Bakri yang merupakan doktor pelatih surgikal di hospital di United Kingdom. Dr. Amalina telah menghantar mesej menerusi Whatsapp kepada Nur Erwani menyatakan hasrat beliau untuk membantu mereka. Akhirnya adik Ainul Mardhiah diterbangkan ke United Kingdom dengan MAS atas bantuan sumbangan rakyat Malaysia dan beberapa pihak yang sudi untuk menolong mereka.

Semoga adik Ainul Mardhiah akan segera sembuh dan dan tersenyum seperti kanak-kanak yang lain.

Posted by Ahmad Safiuddin on Tuesday, June 11, 2019