Notis Privasi

NOTIS PRIVASI

 

17 April 2019

 

Di SalamWeb, kami komited untuk memastikan bahawa maklumat peribadi anda dilindungi. Notis Privasi ini akan memastikan bahawa anda mengetahui sepenuhnya maklumat peribadi yang kami kumpulkan daripada anda, bagaimana kami menggunakannya, dengan siapa ia dikongsi dan apa hak anda.

Kami akan memperlakukan maklumat peribadi anda sebagai sulit dan hanya akan mendedahkan maklumat ini selaras dengan undang-undang Emiriah Arab Bersatu (UAE) berkenaan hak-hak privasi, atau jika kami yakin adalah perlu untuk mematuhi syarat-syarat agensi penguatkuasaan undang-undang Emiriah Arab Bersatu. Melainkan anda mendaftarkan butiran anda di laman web ini, kami tidak mengumpul maklumat peribadi tentang anda.

 

Notis Privasi ini akan memberi jawapan bagi soalan-soalan berikut:

  1. Siapa kami?
  2. Apakah maklumat peribadi yang kami kumpul apabila anda melawat laman web SalamWeb?
  3. Apakah maklumat peribadi yang kami kumpul apabila anda mengakses produk dan perkhidmatan SalamWeb?
  4. Apakah maklumat peribadi lain yang kami kumpul?
  5. Apa yang berlaku jika anda tidak memberikan maklumat peribadi yang kami minta?
  6. Bolehkah kami mengubah tujuan kami menggunakan maklumat peribadi anda?
  7. Berapa lama kami akan menyimpan maklumat peribadi anda?
  8. Dengan siapa kami akan berkongsi maklumat peribadi anda?
  9. Kuki
  10. Bagaimana kami menyimpan maklumat peribadi anda dengan selamat?
  11. Adakah kami akan memindahkan maklumat peribadi anda di luar Kawasan Ekonomi Eropah (EEA)?
  12. Apakah hak anda ke atas maklumat peribadi anda?
  13. Adakah Notis Privasi ini melindungi laman web yang anda pautkan dari laman web kami atau Pelayar SalamWeb?
  14. Bagaimanakah kami akan memaklumkan kepada anda kemas kini tentang sebarang perubahan pada Notis Privasi ini?
  15. Bagaimana anda boleh menghubungi kami?
  16. Senarai data yang dikumpul.

 

  1. Siapa kami?

“SalamWeb”, “kami” atau “kita”, bermaksud Pelayar SalamWeb, portal gaya hidup SalamToday, perkhidmatan berbual terbuka SalamChat, perkhidmatan berita secara agregat SalamNews dan produk-produk serta lain-lain perkhidmatan (termasuk laman web serta aplikasi mudah alih) yang dikendalikan oleh Salam Web Technologies DMCC dengan nombor pendaftaran DMCC95177 dan pejabat berdaftarnya adalah di Unit No: I5-PF-118, Detached Retail I5, Plot No. JLT-PH1-RET-I5, Jumeirah Lakes Towers, Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Kami merupakan pengawal data maklumat peribadi anda. Ini bermakna kami bertanggungjawab untuk menentukan cara kami mengumpul, menyimpan dan menggunakan maklumat peribadi anda.

Indvidu yang diberi kuasa oleh pihak kami untuk Perlindungan Data boleh dihubungi melalui e-mel di [email protected], atau secara bertulis kepada Unit No: I5-PF-118, Detached Retail I5, Plot No. JLT-PH1-RET-I5, Jumeirah Lakes Towers, Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan mengenai Notis Privasi ini, sila hubungi individu yang kami telah berikan kuasa untuk Perlindungan Data.  

Kami menyediakan skop produk dan perkhidmatan seperti pelayar, aplikasi, laman web dan sebagainya, yang akan membantu anda dalam kehidupan sehari-hari anda.

 

  1. Apakah maklumat peribadi yang kami kumpul apabila anda melawat laman web SalamWeb?

Apabila anda melawat laman web SalamWeb (www.salamweb.com, www.salamtoday.com atau laman web lain yang berkenaan dengan SalamWeb atau pun tidak), maklumat peribadi anda mungkin dikumpul dalam bentuk maklumat log, alamat IP anda, data daripada kuki dan maklumat lain. Kuki yang dikumpul oleh laman web mungkin penting atau tidak penting.

Apabila kami mengumpul maklumat peribadi anda dengan menggunakan kuki penting, kami akan menggunakannya berdasarkan kepentingan sah kami sebagai satu perniagaan untuk melakukannya. Sila hubungi [email protected] jika anda ingin maklumat lanjut tentang kepentingan sah kami. Apabila kami mengumpul maklumat peribadi tentang anda menggunakan kuki yang tidak penting, kami akan menggunakan maklumat peribadi anda berdasarkan persetujuan anda. Anda semestinya boleh menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa dengan menghubungi  [email protected].

Apabila anda membuat akaun dengan kami, kami akan mengumpul nama, nama keluarga, nama panggilan, nombor telefon bimbit, alamat e-mel, pilihan (yang akan disesuaikan dengan topik yang paling anda minati seperti memasak, politik, pembelajaran pendidikan dan sebagainya). Kami akan menggunakan maklumat peribadi anda untuk membuat akaun untuk anda dan (di mana anda telah bersetuju untuk kami berbuat demikian) menghantar maklumat tentang topik yang anda telah menyatakan anda berminat.

Apabila kami menggunakan maklumat peribadi anda untuk membuat akaun anda, kami berbuat demikian berdasarkan persetujuan yang telah anda berikan kepada kami. Anda semestinya boleh menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa dengan menghubungi [email protected].

Apabila anda melanggan untuk menerima berita dan butiran acara kami yang akan datang, kami akan mengumpulkan alamat e-mel anda. Kami akan menggunakan maklumat peribadi anda untuk menghantar butiran acara dan sentiasa mengemas kini anda dengan topik berita yang anda telah menyatakan anda berminat.

Apabila kami menggunakan maklumat peribadi anda untuk menghantar butiran berita dan acara akan datang, kami akan menggunakan maklumat peribadi anda berdasarkan kebenaran anda untuk kami berbuat demikian. Anda semestinya boleh menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa dengan menghubungi [email protected].

Apabila anda berkomunikasi dengan pengguna kami yang lain di mesej langsung atau forum sembang kami, kami akan mengarkibkan maklumat ini walaupun selepas ia tidak lagi tersedia secara umum.

Anda hanya akan dapat menyumbang kepada perbualan atau sebarang perkhidmatan lain selepas anda mendaftar dan/atau log masuk. Data yang anda siarkan akan dihubungkan ke akaun anda dalam sistem kami.

Jika anda menghubungi pasukan perkhidmatan pelanggan kami, kami akan mengumpul nama penuh anda, nombor telefon bimbit, alamat e-mel dan butiran pertanyaan atau masalah anda. Kami akan menggunakan maklumat peribadi anda untuk mengakses akaun anda (jika ada) dan untuk memberi respons kepada anda serta untuk menyiasat, mempertimbangkan dan mengendalikan pertanyaan atau masalah yang telah anda kemukakan. Untuk memastikan bahawa anda menerima perkhidmatan pelanggan terbaik kami, kami akan mengekalkan perbualan terdahulu kami dengan anda.

Kami juga boleh mengumpul, menyimpan dan menggunakan ‘kategori istimewa’ maklumat peribadi yang lebih sensitif. Ini termasuk maklumat tentang kepercayaan agama anda, yang akan dikumpulkan apabila anda membuat akaun dengan kami atau menggunakan mana-mana kemudahan dalam talian laman web kami.

Apabila kami mengumpul maklumat peribadi tentang kepercayaan agama anda, kami akan berbuat demikian berdasarkan persetujuan yang telah anda berikan kepada kami.. Anda semestinya boleh menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa dengan menghubungi [email protected].

 

  1. Apakah maklumat peribadi yang kami kumpul apabila anda mengakses produk dan perkhidmatan SalamWeb?

Apabila anda melawat sebarang produk dan perkhidmatan SalamWeb serta SalamWeb Browser secara khusus, kami akan mengumpulkan maklumat peribadi. Kami akan menggunakan maklumat peribadi anda untuk meningkatkan prestasi produk dan perkhidmatan kami. Anda semestinya boleh menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa dengan menghubungi  [email protected].

Senarai data yang dikumpul disediakan di akhir dokumen ini.

Apabila anda membuat akaun dengan kami, kami akan mengumpul nama, nama keluarga, nama panggilan, nombor telefon bimbit, alamat e-mel anda. Kami akan menggunakan maklumat peribadi anda untuk membuat akaun untuk anda dan (di mana anda telah memberi kebenaran kepada kami untuk berbuat demikian) menghantar maklumat tentang produk dan perkhidmatan kami.

Apabila kami menggunakan maklumat peribadi anda untuk membuat akaun anda, kami berbuat demikian berdasarkan persetujuan yang telah anda berikan kepada kami. Anda semestinya boleh menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa dengan menghubungi [email protected].

Apabila anda melanggan untuk menerima berita dan butiran acara kami yang akan datang, kami akan mengumpulkan alamat e-mel anda. Kami akan menggunakan maklumat ini untuk menghantar butiran acara dan sentiasa mengemas kini anda dengan topik berita yang anda telah menyatakan anda berminat.

Apabila kami menggunakan maklumat peribadi anda untuk menghantar butiran berita dan acara akan datang, kami akan menggunakannya berdasarkan kebenaran yang telah anda berikan kepada kami. Anda semestinya boleh menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa dengan menghubungi [email protected].

Apabila anda berkomunikasi dengan pengguna kami yang lain di mesej langsung atau forum sembang kami, kami akan mengarkibkan maklumat ini walaupun selepas ia tidak lagi tersedia secara umum.

Jika anda menghubungi pasukan perkhidmatan pelanggan kami, kami akan mengumpulkan nama penuh anda, nombor telefon bimbit, alamat e-mel dan butiran pertanyaan atau masalah anda. Kami akan menggunakan maklumat peribadi anda untuk mengakses akaun anda (jika ada) dan untuk memberi respons kepada anda serta untuk menyiasat, mempertimbangkan dan mengendalikan pertanyaan atau masalah yang telah anda kemukakan. Untuk memastikan bahawa anda menerima perkhidmatan pelanggan terbaik kami, kami akan mengekalkan perbualan terdahulu kami dengan anda.

Kami juga boleh mengumpul, menyimpan dan menggunakan ‘kategori istimewa’ maklumat peribadi yang lebih sensitif. Ini termasuk maklumat tentang kepercayaan agama anda, yang akan dikumpulkan apabila anda membuat akaun dengan kami atau menggunakan mana-mana kemudahan aplikasi kami.

Apabila kami mengumpul maklumat peribadi tentang kepercayaan agama anda, kami akan berbuat demikian berdasarkan persetujuan yang telah anda berikan kepada kami.. Anda semestinya boleh menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa dengan menghubungi [email protected].

 

  1. Apakah maklumat peribadi lain yang kami kumpulkan?

Kami boleh menggunakan maklumat peribadi anda untuk mengemukakan atau mempertahankan prosiding undang-undang atau untuk memenuhi apa-apa kewajipan undang-undang atau pematuhan yang kami ada.

Dalam hal di mana kami menggunakan maklumat peribadi anda untuk tujuan mempertahankan atau mengemukakan prosiding undang-undang, kami berbuat demikian atas dasar bahawa kami mempunyai kepentingan sah sebagai perniagaan untuk melindungi hak undang-undang kami. Sila hubungi [email protected] jika anda menginginkn maklumat terperinci mengenai kepentingan sah kami.

 

  1. Apa yang berlaku jika anda tidak memberikan maklumat peribadi yang kami minta?

Jika anda tidak memberikan maklumat peribadi yang kami perlukan apabila diminta, kami mungkin tidak dapat memberi respons kepada anda, menetapkan anda sebagai ahli atau memperkenalkan anda kepada ahli kami yang lain dan menyediakan produk dan perkhidmatan kami untuk anda. Jika anda mempunyai sebarang keraguan tentang adakah anda perlu memberikan maklumat peribadi anda, sila hubungi [email protected].

 

  1. Bolehkah kami mengubah tujuan kami menggunakan maklumat peribadi anda?

Kami hanya akan menggunakan maklumat peribadi anda untuk tujuan yang dinyatakan di atas melainkan jika ia adalah untuk sebab lain yang sepadan dengan tujuan asal tersebut. Jika kami menukar tujuan kami menggunakan maklumat peribadi anda dan anda inginkan penjelasan tentang sejauh mana tujuan baharu itu bersesuaian dengan tujuan asal, sila hubungi [email protected].

Jika kami ingin menggunakan maklumat peribadi anda untuk tujuan yang tidak berkaitan, kami akan memaklumkan kepada anda dan kami akan menerangkan dasar undang-undang yang membolehkan kami melakukan sebegini.

 

  1. Berapa lama kami akan menyimpan maklumat peribadi anda?

Kami hanya akan menyimpan data peribadi anda untuk tempoh yang kami perlukan bagi memenuhi keperluan perundangan, perakaunan atau pelaporan. Untuk menentukan tempoh masa kami menyimpan data peribadi anda, kami mempertimbangkan sifat data peribadi tersebut, risiko yang berkaitan dengan pelanggaran atau pendedahan data yang tidak dibenarkan dan sama ada terdapat sebarang keperluan undang-undang atau pengawalseliaan yang mesti kami patuhi.

 

  1. Dengan siapa kami akan berkongsi maklumat peribadi anda?

Kami mungkin dikehendaki untuk mendedahkan maklumat peribadi anda atau menghalang secara sah perkhidmatan bagi mematuhi undang-undang Emiriah Arab Bersatu atau arahan nyata pihak berkuasa berkelayakan atau bila-bila dianggap perlu bagi kepentingan keselamatan awam atau negara.

Kami mungkin berkongsi maklumat peribadi anda dengan pihak ketiga bereputasi. Sekiranya anda tidak memberikan persetujuan anda untuk kami berbuat demikian, kami tidak akan berkongsi maklumat peribadi anda dengan pihak ketiga untuk tujuan pemasaran.

Di bawah ini merupakan senarai pihak ketiga yang kami mungkin kongsikan maklumat peribadi anda:

  • Syarikat Kumpulan:
    • Salam Web Technologies MY Sdn Bhd 1 Sentral, Jalan Stesen Sentral 5, Brickfields, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
  • Penasihat Profesional: Dalam hal di mana anda telah membuat tuntutan terhadap laman web kami, kami boleh berkongsi maklumat peribadi anda dengan penasihat profesional seperti peguam, akauntan dan broker insurans bagi mendapatkan nasihat.
  • Pembekal Perkhidmatan IT: Kami menggunakan pihak ketiga bereputasi untuk menyediakan kami sistem IT, pembangunan perisian dan sokongan untuknya. Mereka boleh mengakses maklumat peribadi anda mengikut tahap yang mereka perlukan untuk memberikan perkhidmatan mereka.
  • Syarikat Analisis dan Pemprofilan Laman Web: Kami menggunakan pihak ketiga bereputasi untuk menganalisis cara laman web/aplikasi kami digunakan seperti analisis pelayaran atau corak trafik pelanggan bagi membolehkan kami menambah baik laman web/aplikasi kami dan pengalaman anda. Mereka juga membantu kami menyesuaikan maklumat dan tawaran yang kami hantar kepada anda.
  • Penggabungan: Sekiranya berlaku kejadian yang tidak dijangka dan kami menjual semua atau sebahagian daripada syarikat kami, atau bergabung dengan organisasi lain, kami boleh memindahkan maklumat peribadi yang telah kami kumpulkan seperti yang dijelaskan dalam Dasar Privasi ini, bersama dengan aset perniagaan kami yang lain, kepada organisasi yang kami dijual atau bergabung dengannya.
  • Keperluan Undang-undang dan Pengawalseliaan: Kami akan berkongsi maklumat peribadi anda dengan entiti, syarikat atau individu di mana ini adalah perlu untuk mematuhi mana-mana undang-undang, aturan, peraturan, prosedur undang-undang. Mana-mana pihak ketiga lain bagi tujuan bertindak mengikut kehendak mahkamah, pengawal selia atau agensi pemerintah, sebagai contoh, mematuhi waran geledah atau perintah mahkamah atau bertindak sesuai dengan undang-undang atau peraturan yang berkenaan.

Kami hanya akan mendedahkan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga setakat yang perlu bagi mereka untuk melaksanakan tujuan yang disenaraikan di atas.

 

  1. Kuki

Kuki merupakan fail teks kecil yang ditempatkan pada peranti anda apabila anda mengakses laman web kami. Kami menggunakan kuki dan peranti pengesanan dalam talian lain untuk menjadikan pengalaman dalam talian anda lebih efisien dan menyeronokkan.

Maklumat yang kami peroleh daripada penggunaan cookies biasanya tidak mengandungi data peribadi anda. Walaupun kami boleh mendapatkan maklumat tentang peranti anda seperti alamat IP anda, penyemak imbas dan/atau maklumat log internet anda  yang lain, ini biasanya, tidak akan mengenal pasti anda secara peribadi. Dalam keadaan tertentu, kami mungkin mengumpul maklumat peribadi tentang anda – tetapi hanya di mana anda secara sukarela memberikannya (misalnya dengan melengkapkan borang dalam talian).

Dalam kebanyakan kes, kami memerlukan persetujuan anda untuk menggunakan kuki. Pengecualian adalah bila mana kuki adalah penting agar kami dapat memberikan anda perkhidmatan yang anda minta.

 

  1. Bagaimana kami menyimpan maklumat peribadi anda dengan selamat?

Kami telah menetapkan beberapa langkah keselamatan untuk menghalang maklumat peribadi anda daripada tidak sengaja, hilang, digunakan atau diakses, diubah atau didedahkan dengan cara yang tidak dibenarkan. Kami juga akan mengehadkan akses kepada maklumat peribadi anda dengan hanya memberikannya kepada individu-individu yang mempunyai keperluan urus niaga untuk mengakses maklumat anda. Individu ini tertakluk kepada tanggungjawab kerahsiaan.

Kami telah menetapkan prosedur untuk menangani sebarang pelanggaran keselamatan data yang disyaki dan akan memaklumkan kepada anda dan mana-mana pengawal selia berkaitan tentang pelanggaran yang disyaki di mana kami diwajibkan untuk berbuat demikian.

Prosedur keselamatan kami bermaksud bahawa kami kadang kala mungkin meminta bukti identiti sebelum kami dapat mendedahkan maklumat peribadi kepada anda.

 

  1. Adakah kami akan memindahkan maklumat peribadi anda di luar Kawasan Ekonomi Eropah (EEA)?

Kami berkongsi Maklumat Peribadi anda dengan penyedia perkhidmatan pihak ketiga kami yang berpusat di dalam dan di luar Kawasan Ekonomi Eropah (“EEA”) dan Emiriah Arab Bersatu (“UAE”), seperti berikut:

  • Di mana kami berkongsi maklumat peribadi anda dengan syarikat kumpulan kami:
    • Salam Web Technologies MY Sdn Bhd 1 Sentral, Jalan Stesen Sentral 5, Brickfields, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.
  • Di mana pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang kami kongsikan maklumat peribadi (seperti yang dinyatakan di atas) yang berpusat di luar EEA, mempunyai perkhidmatan sokongan yang terletak di luar EEA atau mengehos data di luar EEA.

 

Kami telah menyediakan langkah yang sesuai untuk memastikan maklumat peribadi anda diperlakukan dengan cara yang selaras dengan dan yang menghormati undang-undang perlindungan data di Kesatuan Eropah.

Jika anda ingin butiran lanjut mengenai negara-negara di mana maklumat peribadi anda diproses, sila hubungi [email protected].

 

  1. Apakah hak anda ke atas maklumat peribadi anda?

 

Anda mempunyai hak untuk membuat aduan kepada pengawal selia perlindungan data yang berpangkalan di negara EU tempat anda berada.

Anda mempunyai hak untuk membuat aduan pada bila-bila masa kepada pengawal selia tempatan anda untuk isu perlindungan data. Walau bagaimanapun, kami menghargai peluang untuk menguruskan kebimbangan anda sebelum anda menghubungi pengawal selia dan, jika anda berasa selesa untuk berbuat demikian, pertama sekali, sila hubungi [email protected] dan kami akan cuba menyelesaikan masalah anda.

Anda juga mempunyai beberapa hak tambahan ke atas maklumat peribadi anda, iaitu:

  • hak untuk bertanya kepada kami apakah maklumat peribadi anda yang kami ada dan untuk mendapatkan salinan maklumat peribadi anda daripada kami;
  • hak untuk meminta kami membetulkan mana-mana kesilapan dalam maklumat peribadi anda;
  • hak untuk meminta kami mengkaji semula dan menjelaskan kepentingan sah kami kepada anda;
  • hak untuk meminta kami memadam maklumat peribadi anda di mana: (i) kami tidak lagi memerlukan maklumat peribadi anda; (ii) anda menarik balik persetujuan anda untuk membenarkan kami menggunakan maklumat peribadi anda dan kami tidak mempunyai asas undang-undang lain untuk menyimpan maklumat peribadi anda; (iii) anda telah meminta kami untuk mengkaji semula dan menjelaskan kepentingan sah kami kepada anda dan kami sebenarnya tidak mempunyai kepentingan yang benar-benar sah untuk melakukan apa yang kami lakukan; (iv) penggunaan maklumat peribadi anda oleh pihak kami adalah secara haram; (v) kami perlu memadamkan maklumat peribadi anda untuk mematuhi kewajipan undang-undang kami;
  • hak untuk meminta kami menyekat penggunaan maklumat peribadi anda di mana: (i) anda rasa maklumat peribadi anda yang ada pada kami adalah tidak betul, supaya kami dapat menyemaknya semula; (ii) apa yang kami lakukan dengan maklumat peribadi anda adalah tidak sah tetapi anda lebih suka kami berhenti menggunakan maklumat peribadi anda daripada memadamnya; (iii) kami tidak lagi memerlukan maklumat peribadi anda, tetapi anda perlu kami menyimpannya supaya anda boleh menggunakan mana-mana hak undang-undang; dan (iv) anda telah meminta kami untuk mengkaji semula dan menjelaskan kepentingan sah kami kepada anda, supaya kami dapat menyemak sama ada kami sebenarnya mempunyai kepentingan yang benar-benar sah untuk melakukan apa yang kami lakukan; dan
  • hak untuk meminta kami memindahkan maklumat peribadi anda dalam keadaan tertentu.

Jika anda ingin mengakses, mengkaji semula, mengesahkan, membetulkan atau meminta pemadaman maklumat peribadi anda, membantah pemprosesan maklumat peribadi anda, atau meminta kami memindahkan salinan maklumat peribadi anda kepada pihak lain, sila hubungi [email protected].

 

  1. Adakah Notis Privasi ini melindungi laman web yang anda pautkan dari laman web kami atau Pelayar SalamWeb?

Laman web yang anda lawati dengan menggunakan SalamWeb Browser dan tidak berkaitan dengan produk atau perkhidmatan SalamWeb adalah tidak dilindungi oleh Notis Privasi ini. Anda harus menyemak maklumat privasi di laman web lain untuk mengetahui cara mereka boleh menggunakan maklumat peribadi anda.

 

  1. Bagaimanakah kami akan memaklumkan kepada anda kemas kini tentang sebarang perubahan pada Notis Privasi ini?

Kami sentiasa memastikan Notis Privasi kami menjalani semakan secara tetap. Sebarang perubahan yang kami lakukan kepada Notis Privasi kami pada masa akan datang akan disiarkan di halaman ini dan jika perubahan tersebut akan memberi kesan kepada anda atau cara kami menggunakan maklumat peribadi anda, kami akan memaklumkannya kepada anda melalui e-mel jika perlu. Sila semak semula dengan kerap untuk melihat sebarang kemas kini atau perubahan pada Notis Privasi kami. Kali terakhir Notis Privasi ini dikemas kini adalah pada 17 April 2019.

 

  1. Bagaimana anda boleh menghubungi kami?

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan tentang Notis Privasi ini atau tentang  cara kami menggunakan maklumat peribadi anda, sila hubungi [email protected].

 

  1. Senarai data yang dikumpul.

 

Jenis data Data Id Skop Sebab Sumber Masa hayat simpanan
Statistik penggunaan laman web Data demografi, negara, bandar, pembekal rangkaian, halaman dilawati, masa di halaman   www.salamweb.com   Google Analytics 2 tahun
Maklumat pemasangan ID Peranti, OS, tarikh, jenis kejadian, versi id_peranti Semua kejadian pemasangan / kemas kini / nyahpasang Untuk menjejak kempen pemasaran dan versi perisian yang digunakan Omaha server 2 tahun
Lokasi ID_Pengguna, tarikh, longitud, latitud id_pengguna Perkhidmatan SalamChat, Perkhidmatan SalamNearYou Untuk menguruskan ciri-ciri perbualan;

Untuk mengumpul sejarah berkaitan dengan lokasi untuk ciri-ciri SalamNearYou.

SalamChat 2 tahun
Bahasa ID Peranti, negara_kandungan, bahasa_kandungan id_peranti Ringkasan permintaan kepada penyedia kandungan daripada NTP dan aplikasi berita Untuk mengumpul statistik tentang keutamaan bahasa penonton Penyedia Kandungan 3 bulan
Statistik penggunaan ID Peranti, tarikh, kejadian id_peranti Kejadian pelayaran utama Perkhidmatan SalamSadaqah memerlukan data sedemikian.

Statistik penggunaan mengandungi maklumat seperti keutamaan, klik butang dan penggunaan memori. Statistik penggunaan tidak termasuk URL laman web atau maklumat peribadi.

Stat DB 3 bulan
Laporan kerosakan ID Peranti, OS, kelembapan memori id_peranti Semua kerosakan pada peranti Untuk mengenal pasti ralat yang membawa kepada kerosakan Omaha server/Sentry 3 bulan
Laman yang dilawati Tarikh, URL laman, rating tiada (tanpa nama) Semua permintaan untuk menyemah rating laman Untuk mengumpul data SalamProtect dan SalamTag SalamProtect 3 bulan
URL yang ditag dalam SalamTag ID_Pengguna, tarikh, URL, URL tag id_pengguna Halaman yang ditag oleh pengguna Untuk mengira penarafan laman web teragregat SalamProtect 2 tahun

 

Kami juga akan mengumpul maklumat mengenai kejadian statistik, laporan pemasangan, laporan kerosakan.

 

Undang-undang yang diguna pakai di Emiriah Arab Bersatu hanya akan dilaksanakan sekiranya terdapat sebarang pertikaian yang timbul daripada penggunaan laman web ini. Di samping itu, mahkamah-mahkamah di Emiriah Arab Bersatu adalah bidang kuasa eksklusif untuk mempertimbangkan dan menyelesaikan pertikaian tersebut.

Sila ambil perhatian bahawa komunikasi e-mel mungkin dipantau mengikut undang-undang Emiriah Arab Bersatu.

Kandungan SalamToday boleh didapati dalam: