Netizen Ramal Naqiu Bakal Juara Gegar Vaganza 6

Oktober 31, 2019
By Helmi Anuar

Biarpun baru masuk minggu ketiga, namun ramai peminat rancangan hiburan popular gegarvaganza musim keenam sudah meramalkan bahawa Naqiu bakal bergelar juara pada musim kali ini.

Ini berikutan Naqiu yang merupakan vokalis kumpalan Boboi itu sering mempamerkan aksi cemerlang setiap minggu. Malah Naqiu juga sering mendapat markah tertinggi dikalangan juri.


SalamToday berkesempatan bertemu dengan Naqiu sendiri sewaktu sidang media konsert Gegar Vaganza 6 minggu ketiga hujung minggu lalu dan bertanya tentang perihal dirinya disebut-sebut sebagai bakal juara.

Kata Naqiu, beliau tidak boleh terlalu selesa kerana 11 lagi peserta yang lain pasti akan cuba untuk memberikan persembahan yang lebih baik pada minggu-minggu yang akan datang.

Peserta lain akan berusaha mungkin lebih daripada saya. Harapan daripada peminat amat besar dan kadang-kadang perkara itu menambahkan lagi tekanan untuk saya memberikan yang terbaik.

Saya rasa diri saya seorang penyanyi yang kerdil dan pengalaman saya juga tidak banyak seperti penyanyi yang lain. Tetapi saya cuba untuk jadikan persembahan saya setiap minggu seperti peringkat akhir”.

Mengulas tentang persembahannya minggu lalu yang mendapat markah tertinggi dan pujian dari semua juri, kata Naqiu semuanya berlaku secara spontan di atas pentas.

Saya masukkan jiwa saya di dalam lagu itu dan perkara itu datang sendiri. Betul apa yang Datuk Ramli MS cakap. Semalam sewaktu raptai saya menyanyi lain. Saya tak bergerak pun saya cuma ingat ‘step’ sikit-sikit. Dan itu pun sebenarnya tak jadi. Nampak sangat pelik dan kelakar.

Feel’ saya akan datang sewaktu saya membuat persembahan di hari sebenar. Dari minggu pertama hinggalah sekarang. Saya oran gyang mementingkan ‘feel’ dalam setiap lagu. Kalau saya rasa saya tak boleh ‘feel’ lagu itu, saya tidak akan buat”.

Minggu ini Naqiu dijangka sekali lagi akan menjadi bualan peminat kerana bakal mendendangkan lagu duet popular, ‘Gurauan Berkasih’ bergandingan bersama juara Gegar Vaganza musim kedua Siti Nordiana.

Arwah Achik dan Siti Nordiana adalah kawan baik saya. Arwah suka¬† bergurau dengan saya. Lagu ini memang sangat besar. Situasinya sama seperti sewaktu saya menyanyikan lagu ‘Meraung’. Lagu-lagu ini sewaktu zaman saya dahulu. Tetapi suara saya kini sudah berubah. Siti Nordiana pula kini seorang bintang yang sangat besar dan merupakan seorang juara“.

Jangan lupa untuk menyaksikan persembahan Naqiu di konsert Gegar Vaganza 6 minggu keempat pada hari Ahad jam 9 malam di Astro Ria.

 

 

 

Similar Articles

Kandungan SalamToday boleh didapati dalam: