Mizz Nina Ajak Wanita Berhijab Ramadan Ini

April 25, 2019
By Helmi Anuar

Bekas penyanyi popular yang kini lebih aktif sebagai pengacara iaitu Mizz Nina baru-baru ini menerusi akaun Instagram miliknya telah mengajak para wanita di luar sana untuk menyertai cabaran memakai hijab selama 30 hari sepanjang bulan Ramadan nanti.

Nina telah menyiar semula ‘posting’ daripada akaun @worldhijabday yang memulakan Cabaran Hijab 30 Hari Ramadan.

Antara tujuan cabaran ini dilakukan adalah untuk membanteras gejala Islamophobia dikalangan masyarakat dunia.

Apa yang lebih menarik, cabaran ini bukan sahaja terbuka untuk wanita yang beragama Islam sahaja, tetapi penganut agama lain juga boleh mengambil bahagian untuk merasai sendiri pengalaman memakai hijab.

Sesiapa yang menyahut cabaran ini juga diminta untuk memuatnaik gambar mereka berserta tanda pagar #Hijab30 untuk berkongsi pengalaman mereka memakai hijab sepanjang bulan Ramadan.

Ramai netizen yang menyokong cabaran ini malah terdapat beberapa pengguna Instagram yang berkongsi pengalaman mereka memakai hijab di ruangan komen Instagram Mizz Nina.

Semoga usaha murni ini mendapat sokongan dan penyertaan daripada ramai wanita di seluruh dunia. Jom berhijab di bulan Ramadan.

 

Foto : Instagram Mizz Nina & World Hijab Day

Similar Articles

‘Bumi Itu Bulat’ Sarat Mesej Toleransi Dalam Masyarakat

By Nor Syariza Tahir
April 23, 2019

Agrobank BerUkhuwah Erat Silaturahim

By Nor Syariza Tahir
April 23, 2019

5 Produk Halal Menarik di MIHAS 2019

By Shah Shamshiri
April 24, 2019

ASQ Setaraf Jenama Minyak Wangi Antarabangsa Yang Lain

By Nor Syariza Tahir
April 22, 2019

Bokitta Melancarkan ‘TAJ’ Hijab Tanpa Pin Terkini

By Ili Farhana
April 14, 2019
Kandungan SalamToday boleh didapati dalam: