Metamorfosis Liyana Jasmay

Mei 12, 2019
By Ili Farhana

Liyana Jasmay sudah bekerja dalam industri hiburan tempatan selama 20 tahun. Ya, 20 tahun. Sudah banyak yang dia lalui, suka duka, kejayaan dan kegagalan. Ada yang memuji, ada yang mengeji tetapi pelakon, penyanyi, dan pengarah, penerbit ini masih kekal berdiri, dan sentiasa memperbaharui ilmunya selari dengan masa.

Sekilas tentang kerjaya beliau, bermula pada usia 9 tahun, Liyana atau nama panggilannya Nana memulakan kerjaya lakonannya dengan siri TV ‘Si Lembik’ arahan Aznil Hj. Nawawi. Pada tahun 2006, beliau mengorak langkah ke layar perak dengan watak Phim dalam filem ‘Castello’ arahan Bade Hj. Azmi. Cubaan pertama ini sempat melayakkan Nana menjadi calon Pelakon Harapan Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-19.

Sejak daripada itu, Nana telah berjaya memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-22 (untuk filem ‘Papadom’), Anugerah Skrin 2009 (untuk filem ‘KAMI The Movie’), Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010, dan anugerah Best On-Screen Chemistry (bersama Afdlin Shauki) di Shout Awards! 2010 untuk filem ‘Papadom.’

Tidak cukup dengan itu, Liyana mula menceburkan diri dalam bidang nyanyian dengan singlenya ‘Aku Tak Percaya Cinta’ pada tahun 2009 dan meluncurkan album perdananya yang bertajuk LJ pada tahun 2010.

Dengan resume sehebat itu di usia yang cukup muda, tidak hairanlah jika perkara pertama yang kami bualkan sewaktu sesi fotografi adalah tentang puji-pujian orang sekeliling dan hal-hal ego.

“Bila orang selalu dipuji dan puja sangat, it gets into the head. It’s how you take it. Saya sudah berada dalam industri ini sejak umur saya 9 tahun. I have seen a lot of things happen in front of my eyes and those are my life lessons. I feel lucky because what grounds me is my family. If you don’t have a family member or someone to smack your head, you akan jadi gilalah. Cuba bayangkan, pada usia 21 tahun, dapat cek gaji sebanyak RM100,000. Memang boleh gila. But I think I had a normal life because of my family. And I thank my Mama and Baba very much, for helping me with my savings and my discipline.

Family seperti menjadi kata kunci perbualan kami bersamanya sepanjang sesi fotografi hari itu. Terjunnya beliau ke bidang produksi sebagai penerbit dan pengarah juga ada kaitannya dengan keluarga.

“At one point I wasn’t getting any jobs. No one offered me to act. For about 2 or 3 years I was depressed. Nobody wanted me. What should I do? Apa lagi yang tidak cukup? Award dah menang, popular sudah, perlukah saya menjadi lebih seksi? Atau lakukan pembedahan plastik?

My dad suggested, why not you do your own thing?  Kenapa perlu tunggu orang, dan saya rasa ada benarnya juga, bukan? Kenapa kena tunggu orang tentukan nasib saya. Saya rasa saya mampu. Ini adalah benda yang saya cintai. Takkan duduk saja dan tunggu tawaran.  That’s not what life is about. You have to get up and chase your dreams.”

Berbekalkan sedikit bantuan daripada bapa dan abangnya, Liyana bersama kakaknya Adrianna mula menerbitkan telemovie pertama mereka ‘Si Tudung Tweet’ yang ditayangkan di TV9 pada hujung tahun 2011. “ Saya tulis dengan Tam (Suhaimi), dan pada masa itu, saya beritahu dia,  let’s do something yang berbentuk life experience, something no one has ever given me to do, drama yang macam chick flick, remaja, cerita yang seronok.”

We did it and it was successful, Alhamdulillah. Dan saya rasa ia telemovie remaja pertama yang menggunakan unsur grafik dalam babak-babaknya dan saya rasa selepas itu ramai yang tiru. Contohnya kami ada memaparkan laman Facebook dalam drama. Ia menjadi sebuah telemovie untuk orang muda yang ditulis oleh orang muda.”

“Selepas telefilem pertama itu, we kept on pitching (through the right way) and it was not easy. Ramai yang bertanya, “Kenapa dia jadi producer pula?” “She’s a little kid, can she do this?” Orang rasa saya tidak berkemampuan, tetapi apabila mereka melihat penyata akaun saya, mereka terdiam. Mereka sceptic. It was not easy. Dan di saat itu saya rasa sama ada mereka bencikan kami atau takutkan kami. Mungkin lebih takut daripada benci. Kenapa tidak mahu berikan kami peluang? Kami bukan buat kerja hanky-panky.”

Untungnya Liyana mendapat banyak bantuan dan tunjuk ajar daripada industry seniors seperti Ahmad Idham dan Bade Hj. Azmi. “I’m thankful that orang-orang industri banyak membantu saya. Para pengarah dan penerbit yang saya kenal, semua banyak memberikan sokongan. Macam Ahmad Idham and Badar, mereka tak pernah kedekut. Idham contohnya banyak ajar saya selok-belok membuat filem.”

‘NY Cinta’ adalah antara produksi awal Mermaid Studios (syarikat penerbitan Liyana dan kakaknya Adriana) dan apabila bercerita tentang telefilem itu, Nana berkata, “Kami syarikat tempatan pertama, production pertama yang shoot di New York. Selepas itu banyak pula production tempatan ke sana. At the same time, I told my sister, maybe we inspire people but they don’t want to admit it. Adakah sebab saya budak lagi? Tapi mungkin secara tak langsung, kami telah membantu membuka pintu kepada orang lain juga.”

“‘NY Cinta’ istimewa bukan sahaja kerana ada Bront Palarae, tetapi idea cerita itu original, semuanya original, daripada saya dan kakak. Ia unik. Semua terbitan Mermaid Studios adalah idea asal.”

Berganjak dari telefilem dan drama, Nana sempat menyentuh tentang filemnya bersama Juliana Evans, ‘Bella and Jamie.’ Filem pertama Mermaid Studios itu kurang mendapat sambutan dan katanya, “We should’ve allocated more money for our marketing. Ia pengajaran yang sangat mahal buat kami. Ya, kami sedih tapi sekarang kami tahu kami mampu menerbitkan filem. We’re at a different level now. We know how to make films, from A to Z, jadi tak ada sesiapa boleh tipu kami lagi. And that’s when I realised saya tak boleh harapkan sesiapa kecuali diri sendiri. It’s my product and I have to take charge.

Selepas bercerita panjang lebar tentang hal-hal Mermaid Studios, kami menjadi curious, tentang perubahan Liyana sendiri, sebagai seorang isteri dan ibu, tentang hijabnya dan adakah ia mempunyai kaitan dengan sirinya ‘Hijab Journey’ yang ditayangkan di Astro Gempak dan Naura.

It’s hard. Sometimes I don’t want to wear it, sometimes I feel that being good is hard, but I think that’s what Allah is testing me on.  Saya tergerak untuk memakai hijab kerana satu hari saya bangun dan saya tengok anak-anak saya dan bertanya, apakah purpose saya dalam hidup ini? I feel like my purpose in life is to take care of my kids. Whatever work that I do, berlakon, menyanyi, semuanya untuk anak-anak saya. Bukan untuk saya lagi. Saya sudah ketepikan perasaan ‘Oh saya selebriti, saya terkenal,” jelas Nana tentang hijab journey beliau.Hijab is a very selfish act, it’s between the person wearing it and Allah S.W.T., and when people police our ways of wearing hijab, it’s double standard, because we’re women,” tambahnya.

“Banyak lagi perempuan di luar sana yang berusaha untuk menjadi isteri dan ibu yang baik. Banyak sekali usaha dan pengorbanan, but people don’t see it. People only see the appearance. I want to inspire kawan-kawan yang tidak bertudung. Program ini bukan siri yang in your face, menyuruh semua orang berhijab, atau mengajar cara menjadi muslim yang baik, atau bercakap tentang solat 5 waktu. Itu semua hal-hal asas. I’m here to share. To inspire women to travel, berkenalan dengan agama Islam dengan cara yang sangat linear. ‘Hijab Journey’ adalah program arahan Liyana yang kedua selepas siri travelog ‘Fly Us To Asia.’

Di hujung perbualan kami, Nana sempat menyentuh tentang tanggung jawab seorang maker atau pengkarya. “We’re going to do something. Hopefully after Raya, we’re going to start this show called #Imnotperfect . Ia untuk warga Malaysia dulu, it’s going to be a safespace. It’s going to be an interview session, girl to girl, heart-to-heart, untuk bercerita tentang kesempurnaan dan apa tanggapan orang kepada kita, dan apa sebenarnya isi hati kita. Saya mahu kongsikan hal-hal seperti ini. It’s going to be something  I really want to share also.”

“Kadang-kadang saya rasa kita kekurangan program pendidikan untuk kanak-kanak dan remaja perempuan. Sedar tidak kita sebenarnya banyak ikut cara orang tua kita. Dan sekarang saya seorang ibu, saya sedar anak-anak saya ikut apa yang saya buat. Kalau kata-kata saya baik, baiklah yang keluar. Kalau bukan-bukan, memang bukan-bukanlah yang keluar daripada mulut mereka. Saya rasa sebagai seorang wanita, penerbit, pengarah, saya perlu menghasilkan sesuatu yang bagus. Itu tanggungjawab saya. Sebagai seorang pengkarya, saya mahu give back to the people and  I don’t want to give silly things, I don’t want to give something empty.”

Nasihat akhirnya kepada gadis-gadis di luar sana yang mahu menceburkan diri dalam arena seni yang mencabar ini adalah, “You have to go to school. Jangan tinggalkan sekolah kerana dunia hiburan. Industri hiburan ini susah. Jangan berhenti sekolah. Apapun yang anda mahu lakukan, anda perlukan ijazah, diploma, sijil kemahiran, tapi apapun jangan berhenti belajar. Jangan lupa untuk banyak membaca juga. Tentang apa yang terjadi di seluruh dunia, dan bukan di Malaysia sahaja. Kalau suka filem, janganlah tonton filem Malaysia sahaja. Tontonlah semua jenis filem.  Lakukan sesuatu dengan sepenuh hati dan dengan restu ibu bapa. Saya percayakan itu. Saya kalau buat benda-benda mak saya tak suka, mesti tak jadi. Ingatlah, doa ibu bapa itu doa yang paling dekat,” katanya menutup perbualan.

Di sebalik Wajah Salam

  • Wajah Salam : Liyana Jasmay
  • Gambar : Bustamam Mokhtar, White Studio
  • Penyelaras dan Pengurus Projek : Shah Shamshiri
  • Teks (Bahasa Melayu) : Ili Farhana
  • Suntingan : Shah Shamshiri
  • Pereka grafik: Asyraf Tamam
  • Penata gaya : Faizal Harun Nasution
  • Jurusolek : Saidatul Nisa
  • Busana : Neonate
  • Aksesori: Milik Penata Gaya
Hijab is a very selfish act, it’s between the person wearing it and Allah S.W.T..

Similar Articles

Kisah Nur Fazura & Hijab Di Bulan Ramadan

By Helmi Anuar
Mei 6, 2019

Erra Fazira – Ceritera Sang Primadona

By Helmi Anuar
April 29, 2019

Syurga di Hati Ziana

By Helmi Anuar
April 24, 2019

Aura Ziana Zain Belum Pudar

By Helmi Anuar
April 16, 2019

Di Sebalik Tabir Wajah Salam Pertama SalamToday, The ‘Fabulous Ziana Zain’

By Shah Shamshiri
April 19, 2019
Kandungan SalamToday boleh didapati dalam: