Meriahnya Bufet Cahaya Ramadan Bangi Resort Hotel

Mei 15, 2019
By Ili Farhana

Bangi Resort Hotel menyambut kedatangan Ramadan 2019 dengan kepelbagaian adat dan tradisi hidangan Malaysia bersama beberapa hidangan kegemaran antarabangsa di Restoran Funtasia.

Tahun ini barisan cef Bangi Resort Hotel telah menyediakan lebih daripada dua ratus pilihan hidangan Malaysia dan antarabangsa. Daripada pembuka selera yang dipamerkan di atas roda Ferris setinggi 12 kaki hingga ke kambing golek bakar, Satay Malaysia dan BBQ ala Mongolia. Di antara hidangan kegemaran di restoran Funtasia adalah gyoza Jepun, nasi goreng robo-wok, sup tulang and sup kambing khas, dan kari kepala ikan.  Tidak lupa juga pemanis mulut seperti serawa durian, kuih ketayap yang dimasak secara langsung dan gelato berlainan perisa setiap hari. Tarikan istimewa buat bufet tahun ini adalah kehadiran robot barista bernama Robbie yang boleh menyediakan aiskrim dan minuman berasaskan kopi untuk para pengunjung.

Harga dalam talian untuk bufet ini adalah RM85+ (dewasa) dan RM42.50+ (kanak-kanak). Tempahan melalui telefon dengan pra-bayar minimum 24 jam adalah RM90+ (dewasa) dan RM45+ (kanak-kanak.) Harga biasa bufet adalah RM120+ (dewasa) dan RM60+ (kanak-kanak). Bagi setiap pelanggan dewasa untuk promosi Bufet Cahaya Ramadan, RM3.50 akan disalurkan kepada Tabung Islamic Relief Malaysia.

Untuk tempahan, hubungi 03-8210 2222 atau email [email protected] Lawatilah www.bangiresorthotel.com untuk maklumat lanjut dan promosi terkini.

Bangi Resort Hotel terletak hanya 30 minit dari pusat bandar Kuala Lumpur dan juga Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur melalui jaluran lebuhraya utama. Perbandaran Putrajaya, Cyberjaya, Cheras dan Kajang hanya sekitar 15 ke 20 minit jarak pemanduan. Parkir adalah percuma untuk semua pengunjung dan kemudahan surau disediakan di tingkat 1 dan 2.