Marrybrown Hidangkan Kembali Menu ‘Korean Sensasi’

Julai 15, 2019
By Nor Syariza Tahir

Selepas menerima sambutan menggalakkan daripada pelanggan pada tahun lepas, Marrybrown menghidangkan kembali menu promosi ayam goreng popularnya, Korean Sensasi.

Dengan menyediakan dua hidangan iaitu ‘Kepak Ayam Terhangat’ dan ‘Burger Ayam Terhangat,’ kedua-dua menu tersebut ditawarkan bermula sekarang hingga 1 September 2019 di semua cawangan restoran Marrybrown seluruh Malaysia.

Kombo Korean Sensasi Ayam Terhangat menawarkan gabungan kerangupan ayam Marrybrown yang enak disaluti sos pedas Korea – sebuah ciptaan sempurna yang direka untuk menepati citarasa mereka yang gemar akan rasa manis dan pedas dalam setiap sajian.

Hidangan lazat itu juga bakal mencabar daya tahanan deria rasa pelanggan apabila rasa enak manis dan pedas bergabung dalam setiap kunyahan yang lazat.

Bagi melengkapkan pengalaman Korean Sensasi anda, setiap hidangan didatangkan dengan set kentang goreng rangup dan minuman ringan.

“Dengan permintaan ayam goreng Korea yang semakin berkembang, kami amat gembira untuk membawakan kembali menu promosi popular Korean Sensasi pada tahun ini.

“Kami amat berterima kasih atas sokongan yang diberi oleh para pelanggan yang menjadikan Korean Sensasi pada tahun lepas satu kejayaan yang besar, malah kami teruja untuk memastikan pelanggan menerima perkhidmatan dan produk yang terbaik,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown, Datuk Joshua Liew.

Sementara itu, Marrybrown turut melahirkan rasa bangga bagi meraikan pencapaian tahun ke-38 sebagai jenama rangkaian makanan segera halal yang pertama dan terbesar buatan Malaysia.

“Jenama ini telah membangun dengan pesat dalam 38 tahun ini, dengan pelan pengembangan bagi domestik dan antarabangsa untuk tahun 2019 hingga 2020.”

“Matlamat kami adalah untuk terus memberi perkhidmatan yang berkualiti tinggi dengan hidangan enak untuk para pelanggan menikmati bersama ahli keluarga serta rakan-rakan mereka di Marrybrown.

“Bagi perancangan masa hadapan, kami akan terus berusaha untuk meningkatkan mutu pengalaman para pelanggan dengan memberikan mereka pilihan lebih mudah seperti mewujudkan perkhidmatan e-Dompet menerusi kerjasama dengan GrabPay serta melancarkan perkhidmatan penghantaran dalam talian.

“Kami berharap agar terus mendapat sokongan para pelanggan Marrybrown melalui penambahbaikan ini,” tambah Joshua.

Marrybrown kini berkhidmat untuk berjuta pelanggan melalui lebih daripada 500 restoran di 16 buah negara dengan matlamat utama untuk menyediakan kualiti, perkhidmatan serta nilai kebersihan dan kepuasan yang tinggi bagi pengalaman menjamu selera yang sempurna.

Bagi meraikan pencapaian tahun yang ke-38, Marrybrown akan memperkenalkan kupon ulang tahun dengan promosi istimewa pada bulan September 2019, di mana butiran lanjut akan dikongsikan tidak lama lagi.

Bersempena dengan promosi Korean Sensasi pula, Marrybrown turut menganjurkan  cabaran ‘Korean Hot Chicks Sensation Mukbang’ yang akan berlangsung sehingga 26 Ogos 2019.

Untuk maklumat lanjut tentang promosi di Marrybrown dan cabaran ‘Korean Hot Chicks Sensation Mukbang’, sila layari:

Facebook: Marrybrown Malaysia

Instagram: @marrybrownmy

Youtube: MarrybrownTV

 

Foto: SLPR Worldwide & Facebook Marrybrown

Kombo Korean Sensasi Ayam Terhangat menawarkan gabungan kerangupan ayam Marrybrown yang enak disaluti sos pedas Korea – sebuah ciptaan sempurna yang direka untuk menepati citarasa mereka yang gemar rasa manis dan pedas dalam setiap sajian.

Similar Articles

Tak Perlu Bawa Wang Untuk Membeli KFC

By Nor Syariza Tahir
Mei 16, 2019

Texas Chicken Buka Cawangan Pandu Lalu di Sunway Mentari

By Nor Syariza Tahir
Jun 27, 2019