‘Makna By Lofa’ Terjemahan Al-Quran Dalam Bahasa Malaysia Menggunakan Suara Neelofa

Ogos 16, 2019
By Helmi Anuar

Selebriti dan usahawan terkenal Noor Neelofa telah mengambil inisiatif terbaru dalam inovasi terjemahan makna setiap ayat di dalam kitab suci Al-Quran.

Jika kebanyakan tafsir Al-Quran yang ada di pasaran adalah dalam bentuk tulisan, Neelofa telah hadir dengan idea untuk merakamkan suaranya membaca setiap maksud ayat-ayat suci Al-Quran dalam Bahasa Malaysia. Maka terhasillah ‘Makna By Lofa’.

“Jika kita cari di carian internet, kebanyakan tafsir adalah bertulis, tiada dalam bentuk suara.  Bagi saya, rasa macam susah kalau saya nak baca Al-Quran  dan membaca tafsir dalam masa yang sama. Kadang-kadang mungkin kita terlepas pandang sesuatu maksud. 

“Pada asalnya saya cuma mahu lakukan perkara ini hanya untuk diri saya. Tetapi apabila saya kongsikan sampel dengan ahli keluarga dan kenalan, respon yang saya terima sangat bagus. Mereka mahukan lebih lagi. Selepas itu saya beritahu ‘team’ saya untuk manghasilkan terjemahan ini dengan lebih ‘proper’, jelasnya.

Kata Neelofa lagi, rakaman suara untuk terjemahan ini akan dilakukan secara berperingkat sehinggalah lengkap 30 juzuk Al-Quran.

‘Makna By Lofa’ boleh digunakan menerusi aplikasi Muslim Pro yang boleh dimuat turun  menerusi Google Play Store mahupun iTunes.

Tahniah SalamToday ucapkan kepada Neelofa diatas inisiatif murni ni. Semoga kita semua mendapat manfaat dan keberkataan bersama.

 

Similar Articles